Page 15 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 15
CUTI TANPA REKOD
1. Setiap guru boleh mendapatkan cuti tanpa rekod sekiranya mempunyai hal yang difikirkan penting
dan permohonan cuti tersebut bolehlah dibuat kepada pengetua
TUGAS / KERJA GANTI
1. Tugas / Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebab-
sebab kesihatan.
2. Tugas / Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat / kursus
bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat
kebenaran dari Jabatan Pendidikan WILAYAH Persekutuan atau Kementerian Pendidikan Malaysia
seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan.
3. Tugas / Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah
WAJIB dilaksanakan.
4. Guru tidak hadir hendaklah memaklumkan sehari sebelum kepada pengetua.
5. Guru yang mendapat “relief” hendaklah bertugas mengikut masa yang telah ditetapkan kerana ini
merupakan tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini boleh dianggap sebagai ingkar perintah.
6. Semasa menjalankan kelas “relief” pastikan pdp berlaku mengikut budi bicara guru “relief” atau guru
asal yang dirancang lebih awal.
7. Guru yang mendapat “relief” perlu menandatangani Buku Rekod “Relief”.
8. Pelaksanakan “relief” dipantau oleh pentadbir.
KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
1. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada masa bertugas tanpa tujuan yang
benar-benar penting.
2. Guru yang keluar dari kawasan sekolah dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu dari
pengetua dengan mengisi dan menandatangani buku KELUAR SEKOLAH yang boleh didapati di
kaunter pejabat sekolah.
3. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku
semasa mereka berada di luar sekolah.
4. Guru-guru tidak digalakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rasmi kerja.
URUSAN DI KPM / JPWPKL / PPDS
1. Guru-guru yang ingin ke pejabat KPM, JPWPKL DAN PPDS untuk menguruskan hal-hal berkaitan
dengan perjawatan perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pengetua.
Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi. Apabila berurusan di sana
pastikan pakaian mengikut peraturan dan dalam keadaan kemas.
11

