Page 16 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 16
KELUAR NEGERA
1. Kebenaran daripada JPWPKL/PPDS hendaklah diperolehi apabila guru-guru hendak ke luar negera
(Seberang Laut) iaitu dengan mengisi borang permohonan khas dan borang yang lengkap mesti
dihantar 1 bulan sebelum tarikh lawatan.
2. Guru-guru yang merancang untuk meninggalkan stesen tempat bertugas semasa cuti sekolah
dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu.
DISIPLIN
1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan murid. Guru
seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan
murid.
2. Disiplin murid-murid di sekolah merupakan tanggungjawab bersama setiap guru. Sebarang masalah
yang berkaitan dengan disiplin murid mestilah diselesaikan bersama-sama oleh guru-guru. Jangan
bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.
3. Kementerian Pendidikan melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau
DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh pengetua .
4. Hanya pengetua dan guru-guru disiplin yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada
murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin. Ini dilakukan
dalam mesyuarat disiplin.
MENGHISAP ROKOK / ROKOK ELEKTRONIK
1. Menghisap rokok / rokok elektronik adalah dilarang sama sekali di dalam -bilik darjah, makmal sains,
bilik RBT, bengkel, kaki lima sekolah. kantin dan di hadapan murid. Merokok di kawasan sekolah
adalah dilarang sama sekali.
PAKAIAN DAN RAMBUT
1. Guru-guru dimestikan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran atau tugas-tugas rasmi yang lain. Pakaian berseluar pendek, baju T,
seluar jeans, batik bukan Malaysia atau jenis Hawaii atau Filipina yang terkeluar tidak digalakkan bila-
bila masa. Semua guru lelaki dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika profesion
keguruan. Guru-guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata.
Sila lihat Pekeliling Ikhstisas Bil. 8/85 KP/BS/Jld. (36) bth. 9 Mei 1995.
2. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang
sesuai, seelok-eloknya baju berwarna putih; Baju T berkolar dan seluar track hitam / biru gelap.
12

