Page 18 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 18
borang khas kepada pengetua. Guru-guru tidak digalakkan membuat kerja-kerja sambilan yang
menjejaskan imej Perkhidmatan Pendidikan dan sebagai seorang penjawat awam.
MEMBERI KENYATAAN AKHBAR
1. Guru-guru adalah dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan akhbar.
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Berada di sekolah sebelum atau pada pukul 7.00 pagi / 12.00 tengah hari pada hari bertugas. Jika ada
sebarang kegiatan sekolah pagi atau petang guru bertugas diwajibkan berada di sekolah pada hari
tersebut.
2. Seorang guru bertugas perlu berada di pintu masuk utama sekolah bagi program ‘Sekolah
Penyayang’.
3. Laporan bertugas hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Bertugas dan buku tersebut mestidihantar
ke pejabat untuk disemak oleh pengetua pada setiap hari.
4. Guru bertugas perlu membuat rondaan mengelilingi kawasan sekolah sebelum sekolah bermula,
masa rehat dan selepas sekolah ditutup untuk memeriksa dan membuat laporan.
5. Guru bertugas adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menjaga dan mengawal disiplin
murid dan perjalanan pembelajaran sekolah pada hari tersebut.
6. Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, bertindak apabila berlaku sesuatu kemalangan
atau kecemasan yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.
7. Guru bertugas bertanggungjawab menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid yang
menghadapi masalah kesihatan ke klinik / hospital jika perlu dan ke rumah murid bagi kes
istimewa.
PERHIMPUNAN
1. Semua guru wajib hadir perhimpunan mingguan dan harian kecuali sakit.
2. Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah akan dinyanyikan dengan penuh
semangat oleh semua murid dan guru sambil bendera dinaikkan pada setiap perhimpunan hari ISNIN.
3. Perhimpunan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 7.00 pagi / 12.30 tengah hari di Dataran
Perhimpunan Perdana / DewanTerbuka kecuali ada perubahan khas akan ditunda pada hari lain atas
arahan pengetua.
4. Program Amalan Membaca “DEAR” (Drop Everything And Read) dilaksanakan.
5. Guru tingkatan hendaklah mengambil kedatangan murid di Tapak Perhimpunan Perdana / Dewan
Terbuka pada 7.20 pagi / 12.50 tengah hari.
6. Guru bertugas pada hari itu hendaklah memastikan aturcara dijalankan dengan licin dan disiplin
murid terkawal.
7. Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bertali leher bagi lelaki) semasa perhimpunan rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian rasmi yang kemas, memakai tali leher rasmi sekolah bagi
pengawas dan ketua kelas kecuali murid yang memakai baju kurung.
8. Segala arahan dan pengumuman mestilah dibuat dengan ringkas dan jelas.
14

