Page 19 - Manual Pengurusan SMKM 2021
P. 19

MAJLIS / ACARA RASMI SEKOLAH


            1.  Semua guru wajib hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
            2.  Ketidakhadiran dalam majlis rasmi sekolah boleh dianggap ingkar perintah.


        MESYUARAT GURU / TAKLIMAT MINGGUAN / KURSUS, CERAMAH DAN LAIN-LAIN AKTIVITI SEKOLAH


            1.  Semua guru wajib hadir ke mesyuarat / taklimat guru / taklimat pengetua. Jika terdapat sesuatu
               masalah yang serius yang tidak membolehkan hadir ke mesyuarat itu guru hendaklah memberitahu
               pengetua secara bertulis / lisan sebelum mesyuarat dijalankan.
            2.  Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua panitia / unit /
               bahagian dan lain-lain.
            3.  Guru-guru hendaklah memberi keutamaan kepada mesyuarat, taklimat, perkembangan staf serta
               kegiatan lain sekolah tanpa mementingkan hal peribadi atau urusan lain. Sebarang keuzuran dan
               ketidak hadiran hendaklah dengan memberi surat tunjuk sebab beserta dokumen sokongan kepada
               pengetua.


        KELAB GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN


            1.  Semua guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah ini  secara automatik menjadi ahli

               kelab. Setiap ahli perlu membayar yuran dan jumlah yuran tertakluk kepada keputusan mesyuarat
               kelab.
            2.  Setiap ahli yang dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa hendaklah berkhidmat dan menjalankan
               tugas dengan sepenuh hati dan penuh amanah.


        MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH / KELAS


            1.  Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk dan main telefon bimbit dalam kelas semasa mengajar
               di dalam kelas.
            2.  Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran
               dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
            3.  Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah
               ketika mengajar melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian kepada murid tertentu.

            4.  Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak
               bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang
               berdisiplin dan berilmu. Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid.
            5.  Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua mata pelajaran dalam satu-
               satu minggu. Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat
               panitia mata pelajaran.
            6.  Semua hasil kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu
               disemak dan diperiksa. Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam


                                                                                                               15
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24