Page 49 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 49

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI  41



         KOMUNITI BEBAS DADAH
         PROGRAM        SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab)

         MATLAMAT       Program SMART merupakan program yang membimbing dan
                        mendidik belia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
                        serta kesedaran tentang bahaya dadah dan cara hidup yang positif
                        bagi melahirkan belia bebas dadah.

         OBJEKTIF       i.   Menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi
                           ancaman dadah di tempat masing-masing;
                        ii.   Melahirkan belia yang berkemahiran tinggi, berwawasan dan
                           bebas dari ancaman dadah;
                        iii.  Menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan
                           mengamalkan gaya hidup sihat.

         PELAKSANAAN  Program ini dilaksanakan berdasarkan/berpandukan klasifikasi
         PROGRAM        berikut:
                        i.   Program belia di kawasan Bandar
                        ii.   Program belia di kawasan luar Bandar

         IMPAK          i.   Belia berisiko memperolehi pengetahuan, kefahaman dan
         PELAKSANAAN       kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah;
                        ii.   Belia berisiko tidak terlibat dengan gejala sosial terutamanya
                           penyalahgunaan dadah;
                        iii.  Belia berisiko dapat menyampaikan maklumat bahaya dadah
                           kepada rakan sebaya.
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54