Page 51 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 51

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN • KEMENTERIAN DALAM NEGERI  43



         KOMUNITI BEBAS DADAH
         PROGRAM        HADA (Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa)

         MATLAMAT       i.   Matlamat program ini adalah untuk memberi peringatan bahawa
                           dadah  masih  merupakan  ancaman  utama  kepada  negara-
                           negara di seluruh dunia & kemudaratan kepada kesihatan;
                        ii.   Pelbagai program dan aktiviti yang menggabungkan elemen
                           pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan perlu diadakan
                           bagi memastikan dunia bebas dari ancaman dadah.
         OBJEKTIF       i.   Memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat secara
                           berterusan bahawa masalah dadah merupakan ancaman yang
                           perlu ditangani bersama;
                        ii.   Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai
                           senario masalah dadah di negara dan dunia;
                        iii.  Meningkatkan keupayaan, komitmen & kerjasama daripada
                           semua negara di seluruh dunia;
                        iv.  Meningkatkan  kesedaran  kepada  semua  lapisan  masyarakat
                           dunia bahawa dadah memudaratkan kesihatan.

         KUMPULAN       i.   Pemimpin-pemimpin negara;
         SASAR          ii.   Jabatan kerajaan/swasta & NGO (PEMADAM, PENGASIH, DIC
                           dan lain-lain);
                        iii.  Badan-badan siasah dan pertubuhan antarabangsa (UNODC
                           Bangkok Office, ASEAN Secretariat Jakarta & Colombo Plan);
                        iv.  SKUAD 1Malaysia;
                        v.   Masyarakat tempatan;
                        vi.  Pelajar sekolah antarabangsa dan IPTA/IPTS (Pelajar asing);
                        vii.  Duta-duta asing dan keluarga.

         IMPAK          i.   Program Hari Peringatan Antidadah Antarabangsa merupakan
         PELAKSANAAN       platform dalam memantapkan lagi hubungan dan kerjasama
                           di peringkat antarabangsa yang memainkan peranan dalam
                           menangani masalah dadah;
                        ii.   Seluruh masyakarat memainkan peranan masing-masing dalam
                           mencari penyelesaian dan pendekatan terbaik dalam usaha
                           membanteras masalah dadah.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56