Page 50 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 50
42 MAKLUMAT DADAH 2017
KOMUNITI BEBAS DADAH
PROGRAM HADK (Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan)
MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi peringatan bahawa
dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan
kesihatan.
OBJEKTIF i. Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara;
ii. Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
bahawa dadah memudaratkan kesihatan;
iii. Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai
masalah dadah dalam negara;
iv. Meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai
agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.
KUMPULAN i. Pelajar sekolah pra sekolah, pelajar sekolah rendah dan pelajar
SASAR sekolah menengah dan IPTA/IPTS;
ii. Kumpulan Belia dan beliawanis;
iii. Pemimpin politik;
iv. Pemimpin-pemimpin masyarakat;
v. Ibubapa;
vi. Jabatan kerajaan/swasta & NGO/badan siasah;
vii. Komuniti FELDA/FELCRA/RISDA;
viii. Perkampungan Tradisional, Perkampungan Nelayan dan
Perkampungan Orang Asli;
ix. Orang Kena Pengawasan (OKP);
x. Komuniti setempat.
TEMPOH Program Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan dilaksanakan bagi
PELAKSANAAN tempoh satu minggu (16 Februari hingga 22 Februari) pada bulan
Februari setiap tahun.
IMPAK i. Semua lapisan masyarakat memainkan peranan dan
PELAKSANAAN tanggungjawab dalam usaha menanganimasalah dadah serta
mengamalkan gaya hidup sihat;
ii. Keluarga dan anggota masyarakat dapat menerima serta
membantu bekas-bekas penagihke arah kepulihan total.

