Page 52 - Terkini-Maklumat-Dadah-2017
P. 52
44 MAKLUMAT DADAH 2017
PENGUPAYAAN KOMUNITI (Community Empowerment)
PENGENALAN Kempen PDH adalah pelan strategi yang diambil bagi membanteras
gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah daripada menjadi
epidemik, melindungi generasi muda dan memastikan kesejahteraan
sosio ekonomi, rohani, dan budaya rakyat terpelihara bagi
memantapkan ketahanan nasional dan keselamatan Negara.
MATLAMAT Melahirkan Negara Malaysia Bebas Dadah 2020
OBJEKTIF Membersihkan 178 buah kawasan berisiko tinggi yang dikenalpasti di
seluruh Negara dari masalah penagihan dadah;
i. Meningkatkan keyakinan dan komitmen pelaksana, stakeholder
dan komuniti dalam melaksanakan Community Empowerment
melalui Modul Integrated COMBAT DAPS;
ii. Memberi kemahiran perlu untuk mengendalikan program PDH
kepada pemimpin dan ahli komuniti berasaskan garis panduan
yang ditetapkan; dan
iii. Melaksanakan enam+satu (6+1) program dan aktiviti PDH
dengan sekurang-kurangnya 29 aktiviti utama.
PROGRAM COMMUNITY EMPOWERMENT
Program pemberdayaupaya komuniti dengan memberi pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran mengenai strategi memerangi dadah
kepada pemimpin dan ahli. Program ini membolehkan mereka
merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti
pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah di
dalam komuniti.
PROGRAM OMNIPRESENCE
Program dan aktiviti bagi menunjukkan kehadiran pihak berkuasa
atau pasukan bertugas dalam sesuatu kawasan tumpuan bagi
meningkatkan rasa selamat dan keyakinan ahli komuniti.
PROGRAM OPS CEGAH DAN OUTREACH
Program OPS Cegah dan Outreach Program dan aktiviti mengesan
dan menahan penagih-penagih dadah di kawasan port yang
dikenalpasti; dan melaksanakan proses kemasukan penagih yang
disahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan di dalam institusi
atau komuniti.
PROGRAM OPS BERSEPADU
Program dan aktiviti pengesanan dan penahanan pengedar-
pengedar dan penagih-penagih dadah secara bersepadu bersama
agensi-agensi penguatkuasaan lain; termasuk memproses mereka
yang disahkan penagih untuk menjalani rawatan dan pemulihan di
dalam institusi atau komuniti.

