Page 35 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 35
PENGURUSAN & PENTADBIRAN
PANDUAN UMUM GURU
PENDAHULUAN
Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Tugas Guru Mengenai beberapa perkara
tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama,
perhatian berat dan tindakan timbal guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras,
menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan
pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
1. Perintah Am
Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang
terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membawa,
memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
2. Sikap Guru / Kakitangan Sekolah
Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Antara
lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:-
2.1. Menepati Masa – sekurang-kurangnya telah menghadirkan diri 10 minit
sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di
sekolah, memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi / apabila
tiba masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan.
2.2 Pakaian – Pakaian guru / kakitangan sentiasa sesuai untuk alam sekolah.
Guru lelaki tidak memakai kasut ala selipar, kemeja T, baju bercorak garang,
khasnya semasa bertugas formal. Peraturan-peraturan pakaian rasmi
seperti yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri / Kementerian
Pendidikan hendaklah dipatuhi pada ketika-ketika berkenaan.
Guru/Kakitangan wanita berpakaian sesuai.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai
pakaian yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan.
2.3 Misai / Janggut / Rambut – Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah
hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini
dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.
2.4. Merokok – Guru/Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
2.5 Budi Bahasa – Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang
baik dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga
sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.
2.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan
keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah.
-- 29 --

