Page 39 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 39
11. Inisiatif Guru
11.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi
melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.
11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan/
membincangkan/ memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru
Besar.
12. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran
12.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang
berkenaan ataupun kepada Guru Besar.
12.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh
memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran,
Penolong Kanan atau pun kepada Guru Besar.
13. Tugas Guru
13.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum,
kokurikulum dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan
menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas
tersebut.
13.2 Guru Kelas
13.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Kelas.
Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah
ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. (Sila lihat
senarai tugas tersebut yang dilampirkan bersama di dalam buku ini)
13.3 Guru Bertugas Mingguan/Harian
13.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir
mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua
atau tiga orang guru akan diminta bertugas.
13.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru
Bertugas untuk makluman dan perhatian Guru Besar/Penolong
Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Guru
Besar keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai
tugas guru-guru bertugas).
13.4 Kokurikulum
13.4.1 Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan
kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-
benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum
di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada
pelajar-pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
13.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum,
tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang
tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri
-- 33 --

