Page 37 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 37

•   TAHAP 2
                                        Ahad = 7.30-2.00
                                        Isnin , Selasa, Rabu ,Khamis = 7.30-1.30

                                      Kokurikulum : Mengikut jadual yang ditetapkan

                                      Kaki tangan  :
                                      Ahad – Rabu :8.00 pagi  -  5.00 petang
                                      Khamis         : 8.00 pagi – 3.30 ptg

                              3.2    Guru-guru  adalah  diwajibkan  hadir  di  sekolah  pada  tiap-tiap  hari
                                     persekolahan.

                              3.3    Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan
                                     di atas.

                              3.4    Guru-guru  dan kaki tangan dikehendaki  menulis masa kedatangan apabila
                                     tiba di sekolah dan balik dari sekolah.

                              3.5    Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka
                                     hendaklah  memberi  kenyataan  dan  sebab-sebab  yang  wajar  (Guru
                                     hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat
                                     ataupun tidak dapat hadir).

                       4.     Kebenaran Keluar

                              4.1    Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
                                     mendapat kebenaran Guru Besar atau wakilnya ketika Guru Besar tiada.

                              4.2    Selepas  diberi  kebenaran,  buku  rekod  meninggalkan  kawasan  sekolah
                                     hendaklah diisi.

                       5.     Cuti / Keuzuran

                              5.1    Pihak  sekolah  diberitahu  segera/lebih  awal  jika  terdapat  keuzuran/
                                     kecemasan/ cuti sakit.

                              5.2    Sijil  Cuti  Sakit  hendaklah  diserahkan  sendiri  kepada  Guru  Besar  dengan
                                     kadar segera.

                              5.3    Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi
                                     adalah tidak dibenarkan.

                              5.4    Menjadi  tanggung  jawab  semua  guru  untuk  mengisi  terlebih  dahulu
                                     permohonan cuti samada CRK / CTR/CTG dan perlu mendapat kelulusan dari
                                     pihak berkenaan sebelum bercuti. Permohonan cuti perlu dihantar selewat-
                                     lewatnya 1 minggu bagi CRK kecuali bagi kes-kes kecemasan seperti sakit
                                     atau kematian keluarga dan 2 minggu bagi CTR/CTG.

                       6.     Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan

                              6.1    Guru/Kakitangan  yang  tidak  hadir  ke  sekolah  tanpa  kenyataan  yang
                                     munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.

                              6.2.   Guru/Kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak menjalankan
                                     tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan
                                     memotong gaji pada hari berkenaan.


                       7.        Sijil Pendaftaran Guru/ Permit Mengajar

                              7.1    Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja.
                                                                                                -- 31 --
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42