Page 40 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 40

kursus,  lawatan,  perbincangan  mahupun  dengan  cara  on  the  job
                                           training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba
                                           boleh dalam bidang kokurikulum.

                                     13.4.3  Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan
                                           yang  bersungguh-sungguh,  sebahagian  besarnya  bergantung
                                           kepada sikap guru itu sendiri.

                                     13.4.4  Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di
                                           kalangan guru mahupun murid.

                                     13.4.5  Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting
                                           mengenainya  hendaklah  disimpan  dalam  Buku  Rekod  berkenaan.
                                           Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh
                                           guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.



                              13.5   Pentadbiran Ikhtisas

                                     13.5.1  Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas
                                           seperti  Guru  Kelas,  Penyelaras  Kelas,  Guru  Perpustakaan,  Guru
                                           Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK
                                           PIBG,  Bilik  Guru,  AJK  Kebersihan/Keceriaan,  AJK  Kantin  Sekolah,
                                           Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.

                                     13.5.2  Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya
                                           usaha sendiri.

                                     13.5.3  Keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  kurikulum
                                           mahupun  kokurikulum  sebahagian  besarnya  bergantung  kepada
                                           keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah kita. Oleh itu, bidang
                                           ini perlu diberi perhatian yang wajar.


                       14.    Buku Rekod Mengajar

                              14.1   Semua  guru  akan  diberi  sebuah  Buku  Rekod  Mengajar  dan  mereka
                                     bertanggungjawab  terhadap  keselamatan  buku  tersebut  (Pekeliling
                                     Kementerian  Pelajaran  Bil.  256).  Semua  kehendak  buku  itu  perlulah
                                     disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa. Buku ini
                                     diserahkan  kepada  Buru  Besar  atau  Penolong  Kanan    pada  tiap-tiap  hari
                                     Khamis  untuk  diperiksa dan ditandatangani.  Jika Guru  Besar tiada,  maka
                                     buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata
                                     Pelajaran.  Buku  rekod  mengajar  perlu  dihantar  pada  detiap  hari  Khamis
                                     sekiranya  cikgu  tidak  hadir  perlu  menghantar  buku  berkenaan  pada  hari
                                     Ahad minggu berikutnya.

                              14.2   Jika  seseorang  guru  bercuti,  buku  itu  mestilah  diserahkan  kepada  Guru
                                     Penolong Kanan Pentadbiran terlebih dahulu.


                       15.    Jadual Waktu

                              15.1   Tiap-tiap  guru  dikehendaki  menyerahkan  satu  salinan  jadual  waktu  kelas
                                     dan juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang
                                     telah disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.

                              15.2   Guru-guru Kelas juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu
                                     untuk dipamerkan di kelas masing-masing.

                              15.3   Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.


                                                                                                -- 34 --
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45