Page 36 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 36
2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil
daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya.
Berbincang dengan guru-guru kanan atau Guru Besar apabila menghadapi
sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.
2.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya.
Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi
guru/kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan.
2.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan
murid/sekolah.
2.10 Menerbitkan nilai-nilai sihat/positif di kalangan murid/rakan sejawat di
sekolah ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk
prasangka, kumpulan dan sebagainya.
2.11 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa
membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan
sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah
Pendidikan Negara.
2.12 Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah melalui
saluran-saluran yang ada – peti cadangan, perjumpaan sesama guru,
mesyuarat dan sebagainya.
2.13 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai LADAP/Seminar/Kursus/Program
Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini.
2.14 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.
Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang
tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di
sekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya.
2.15 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan,
Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya
mengikut keperluan yang ditetapkan.
2.16 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak
jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Guru Besar.
2.17 Terbuka kepada idea/kaedah yang baru dalam pendidikan.
2.18 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik
murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai
ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.
2.19 Memberi kerjasama/sumbangan kepada guru kanan/ketua kumpulan dalam
mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu
keputusan yang diambil oleh kumpulan itu.
2.20 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas
sekolah.
2.21 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah
dengan kepentingan diri sendiri.
3. Kedatangan / Waktu Bertugas
3.1 Waktu bersekolah ialah seperti berikut:-
• TAHAP 1
Ahad dan Isnin = 7.30-1.30
Selasa, Rabu dan Khamis = 7.30-1.00
-- 30 --

