Page 38 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 38

7.2    Semua  GSTT  yang  mengajar  perlu  mempunyai  permit  mengajar  yang
                                     diperbaharui pada tiap-tiap tahun.

                       8.     Pakaian

                              8.1    Guru-guru   perlu   mematuhi   kehendak    surat   pekeliling   K.P
                                     (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di
                                     sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin
                                     dan imej profesion perguruan.

                              8.2    Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah
                                     memakai  pakaian  yang  sesuai  untuk  menjalankan  pengajaran  mata
                                     pelajaran tersebut.

                              8.3    Tanda  nama  hendaklah  sentiasa  dipakai  semasa  bertugas/menghadiri
                                     upacara rasmi.

                              8.4    Memakai pakaian seragam unit beruniform yang lengkap pada setiap hari
                                     Selasa dan pakaian batik pada hari Khamis.

                              8.5    Guru  lelaki  digalakkan  memakai  tali  leher  semasa  bertugas.  Semua  guru
                                     dikehendaki  berpakaian  kemas/lengkap  dalam  sebarang  tugas/upacara
                                     rasmi.


                       9.     Perhubungan Sesama Guru

                              9.1    Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
                                     baik  dan  sihat  sesama  mereka  dan  sentiasa  dapat  mengawal  tutur  kata.
                                     Juga diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru.

                              9.2    Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan
                                     dan  fahaman atau pendapat  atau kepercayaan  pada  guru ataupun  murid
                                     atau kakitangan sekolah.


                       10.    Bilik Rehat

                              10.1   Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan
                                     dengan  Bilik  Guru.  Semua  guru  secara  automatik  tertakluk  kepada
                                     jawatankuasa ini.

                              10.2   Kebersihan  dan  keselamatan  Bilik  Guru  adalah  menjadi  tanggungjawab
                                     semua  guru.  Ini  termasuklah  keselamatan  harta  benda  yang  terdapat  di
                                     dalam Bilik Guru.

                              10.3   Guru-guru  hanya  dibenarkan  berada  di  Bilik  Guru  semasa  mereka  tidak
                                     mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching
                                     dan bukannya freeperiod. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa
                                     tersebut  (di  Bilik  Guru)  untuk  perkara-perkara  yang  berkaitan  dengan
                                     pengajaran dan pembelajaran sahaja.

                              10.4   Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik  guru.

                              10.5   Guru-guru   yang   berada   di   Bilik   Guru   hendaklah   sama-sama
                                     bertanggungjawab  untuk  memastikan  suasana  yang  sesuai  dan  tidak
                                     mengganggu ketenteraman sekolah.





                                                                                                -- 32 --
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43