Page 41 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 41
15.4 Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab
ke atas kelas/tugas yang ditetapkan.
16. Buku Rekod Kedatangan Murid
16.1 Tiap-tiap Guru Kelas akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan untuk
kegunaan kelasnya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-
maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi
kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian
dalam kulit hadapan buku tersebut.
16.2 Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru kelas sendiri pada
hari mengajar pada waktu kedua (second period).
16.3 Buku ini diambil dari Pejabat Sekolah dan hendaklah disimpan semula di
tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk
membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir/tidak
hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini
semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.
16.4 Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Guru Penolong HEM guru
yang telah ditugaskan oleh Guru Besar khas untuknya.
16.5 Guru-guru kelas juga perlu mengisi dan mengemaskini data murid melalui
sistem SPS setiap hari sebelum jam 9.00 pagi.
17. Menghukum Murid
17.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.
Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-
murid.
17.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada
pengetahuan Guru Besar/GPK GPK HEM atau Guru Disiplin/JK Disiplin.
18. Fail Peribadi Murid
18.1 Semua Guru Kelas dikehendaki mengemas kini fail peribadi ini pada tiap-
tiap awal tahun.
18.2 Fail ini hendaklah berada di Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan disusun
atur mengikut kelas.
19. Buku Teks (SPBT)
19.1 Guru-guru Kelas dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim
Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa
Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29)
bertarikh 12 Oktober 1978 dirujuk.
19.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan
dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan.
20. Keselamatan Harta Benda Sekolah
20.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta
benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa
-- 35 --

