Page 42 - Manual Pengurusan dBest 2019
P. 42
kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya
memecahkan cermin tingkap).
20.2 Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya
Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.
21. Kebersihan
21.1 Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi
kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini.
Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru
Kelas. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan
disimpan dengan selamat.
21.2 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik
khas/tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains
pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik
tersebut.
21.3 Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
22. Kutipan Sumbangan PIBG
22.1 Sumbangan Aktiviti Pembelajaran yang dikutip untuk PIBG adalah seperti
yang ditetapkan.
22.2 Guru-guru Kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip sumbangan
tersebut. Guru-guru Kelas hendaklah memastikan bahawa resit-resit
dikeluarkan kepada murid-murid yang telah membuat pembayaran
sumbangan.
22.3 Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada Bendahari PIBG pada
hari yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah
memastikan mereka diberi resit oleh pihak PIBG dan menyimpan resit-resit
tersebut.
22.4 Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk
yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran
daripada Guru Besar.
23. Surat Menyurat
23.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan
melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
24. Surat-Surat Yang Diterima
24.1 Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada
guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah
mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.
24.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan
melalui dan salinan kepada Guru Besar surat itu boleh disimpan oleh guru
di dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.
-- 36 --

