Page 60 - Pengenalan baru
P. 60
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
digunakan berlandaskan syarat-syarat dan cara-cara yang telah
ditentukan. Bukan bermaksud bila anda diberikan hak, anda boleh
sesuka hati menggunakan hak tersebut dengan bebas
Undang-undang menerapkan, apabila berlaku suatu konflik yang
kritikal antara suami isteri, aduan hendaklah dibuat kepada Unit
Khidmat Nasihat Keluarga atau di sesetengah tempat disebut Unit
Aduan dan Kaunseling, di pejabat agama yang berdekatan. Satu sesi
kaunseling akan diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak
meluahkan segala yang terbuku dan mendapatkan bimbingan serta
khidmat nasihat. Sekiranya perdamaian dapat diperolehi maka fail
aduan akan diletakkan di bawah pemerhatian unit tersebut.
Namun, sekiranya perdamaian gagal diperolehi dan kedua-dua pihak
bersedia untuk membubarluan perkahwinan maka permohonan untuk
mendapatkan perceraian boleh dibuat di Mahkamah Syariah
berdekatan. Ada kes aduan yang gagal mendapatkan perdamaian dan
gagal juga mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak untuk peceraian.
Dalam kes sebegini, unit tersebut akan mengeluarkan satu laporan bagi
membolehkan pihak yang ingin menamatkan perkahwinan membawa
kes ke muka pengadilan sama ada untuk memohon talak, taklik, fasakh
atau khuluk.
60 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

