Page 61 - Pengenalan baru
P. 61

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               Hakikatnya, taklik, fasakh dan khuluk juga termasuk di bawah kategori

               talak. Islam menetapkan talak terbahagi kepada dua jenis iaitu talak


               raj’ie dan talak bain. Talak raj’ie ialah talak yang boleh dirujuk kembali


               tanpa perlu akad nikah semula iaitu ketika isteri masih berada di dalam

               tempoh edah.




               Talak bain pula ialah talak yang tidak boleh dirujuk semula walaupun


               isteri masih berada di dalam tempoh edah. Talak bain terbahagi kepada

               dua iaitu bain sughra dan bain kubra. Bain sughra ialah perceraian yang


               tidak  boleh  dirujuk  semula  tetapi  suami  isteri  tersebut  masih  boleh

               bersama semula dengan akad nikah baru. Perceraian yang termasuk di


               bawah talak bain sughra ini ialah fasakh, khuluk dan talak kepada isteri


               yang belum disetubuhi.



               Bain kubra pula ialah talak yang tidak boleh dirujuk malah suami isteri


               tersebut tidak boleh bersama semula walau dengan akad nikah baru

               kecuali  dengan  syarat-syarat  tertentu  iaitu  bekas  isteri  berkahwin


               dengan lelaki lain selepas selesai tempoh edah dan berlaku hubungan


               kelamin  antara  mereka  kemudian  lelaki  tersebut  menceraikannya,


               barulah perkahwinan antara bekas isteri dan bekas suami yang bercerai

               talak bain kubra sebelum ini, berilah semula setelah selesai tempoh


               edah daripada perceraian terbaru.




               61 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66