Page 64 - Pengenalan baru
P. 64
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
penuh terhadap rumahtangga. Meskipun demikian, para ulama sepakat
jika seorang suami yang tidak bertanggungjawab terhadap keadaan
rumahtangganya, melakukan perbuatan yang melanggar agama maka
si isteri boleh meminta cerai iaitu melalui cerai khuluk.
Pembahagian Lafaz Talak
Talak dari segi lafaz ( sighah ) terbahagi kepada dua iaitu
1. Talak Soreh ( jelas)
2. Talak Kinayah ( sindiran )
Lafaz Talak Soreh
Lafaz soreh ialah lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai
terhadap isteri.
Contoh:
“saya cerai /talak kamu”, atau “saya bebaskan kamu dengan talak
satu”.
Penceraian dengan lafaz soreh ini jatuh talaknya sekalipun tanpa niat.
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :
64 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

