Page 63 - Pengenalan baru
P. 63

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               orang sebegini, mungkin tak banyak pula kerja peguam-peguam dan

               mediator keluarga yang lain.




               Perkahwinan  adalah  untuk  mengekalkan  kehidupan  berumahtangga

               pasangan suami isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan


               adab perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan serta menyuburkan


               hubungan kasih sayang mereka.



               Walau  bagaimanapun,  kadangkala  terdapat  suami  isteri  atau  salah


               seorang daripada mereka tidak mematuhinya maka talak adalah jalan

               keluar daripada kemelut ini.




               Maksud talak



               Talak dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan. Dari segi syarak ialah


               melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau


               seumpamanya.  Seumpamanya  yang  saya  dimaksudkan  di  sini  ialah

               perkataan yang membawa maksud jelas sebagai talak mengikut bahasa


               pertuturan  masing-masing  contohnya  cerai  di  dalam  Bahasa  Melayu


               dan divorce' di dalam Bahasa Inggeris serta lain-lain perkataan yang

               serupa.




               Dalam islam sendiri yang berhak menjatuhkan talak adalah suami. Ini

               kerana  seorang  suami  merupakan  orang  yang  bertanggungjawab



               63 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68