Page 45 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 45

COVID-19 dan




                     Kesihatan Mental






          Langkah  mudah  bagi  menangani  emosi  ketika  berdepan  dengan

          pandemik:

          1) Berasa bimbang dan resah itu normal
          Terdapat banyak yang kita tidak tahu mengenai virus COVID-19, jadi

          ia  adalah  tindak  balas  normal  dan  biasa  untuk  berasa  bimbang,

          cemas,  dan  resah  tentang  impak  dan  penyebarannya.  Jika  berasa
          bimbang dan resah, penting untuk kekal tenang dan sentiasa berfikir

          bahawa  masih  ramai  mereka  di  luar  sana  yang  sama-sama  turut

          berjuang melawan pandemik ini.
          2) Cabar pemikiran negatif

          Melihat  dari  pelbagai  perspektif,  berfikiran  rasional  dan  berfikiran

          optimis  dapat  membantu  mengurangkan  kebimbangan  dan  tekanan
          emosi.

          3) Libatkan diri dengan aktiviti berfaedah

          Ambil  tindakan  untuk  lindungi  diri  anda,  pastikan  penjagaan  diri

          diamalkan dan kekal aktif walaupun ketika berada di rumah.
          4) Hilangkan tekanan dan lakukan aktiviti regangan fizikal

          Latihan         pernafasan           dan       meditasi         mampu           mengurangkan

          kebimbangan  dan  meningkatkan  kesejahteraan  mental.  Menurut

          sumber  dari  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  (KKM),  dengan
          mengamalkan teknik pernafasan yang betul, kita akan menjadi lebih

          tenang  ketika  berhadapan  dengan  situasi  yang  tegang.  Ia  dapat

          meningkatkan pertukaran antara oksigen dan
          karbon dioksida, meningkatkan peredaran darah dan

          mengurangkan ketegangan
















             O L E H :   N U R A D I L A H   B I N T I   R A J I B ,   P I S M P ,   P A I   3
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50