Page 41 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 41
Sedekah
Apa itu sedekah? Sedekah bermaksud sebuah pemberian dari seorang
mukmin kepada orang lain. Pemberian itu juga hendaklah diberikan secara
seikhlas hati hanya kerana Allah s.w.t. Walau sekecil mana atau sebesar
mana sedekah seorang mukmin itu. Perkara paling utama dalam
bersedekah adalah ianya perlu dilakukan secara seikhlas hati kerana Allah
s.w.t.
Ini kerana melalui keikhlasan hati kita sebagai seorang mukmin akan
mampu mencapai ketenangan hati. Di mana ketenangan hati ini adalah
satu perkara yang dicari-cari oleh setiap insan di bumi.
Antara faktor utama sedekah mampu memberi ketenangan hati adalah
dengan bersedekah kita mampu memberikan kegembiraan kepada si
penerima. Di mana kegembiraan orang lain kerana pemberian kita akan
turut membuatkan kita bahagia.
Oleh yang demikian, di zaman yang penuh dengan pancaroba ini amat
penting untuk kita memiliki ketenangan hati yang berpanjangan agar kita
sebagai seorang mukmin tidak akan terpesong ke lembah kegelapan.
Akhir kata, terdapat banyak lagi kebaikan serta manfaat bersedekah. Oleh
itu, ingatlah walau sekecil mana pemberian kita itu, ianya mungkin mampu
memberikan kegembiraan bahkan mampu menyelamatkan nyawa
seseorang. Semoga kita terus istiqamah dalam beramal di jalan Allah s.w.t.
O L E H : I S M A T H A D I B I N H A S A N A B R A R , P I S M P , P A I 1

