Page 44 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 44

Kawal



                                   kemarahanmu!






             Setiap manusia pasti akan pernah mengalami banyak dugaan dan ujian hidup

             dalam  diri  kan?  Bahkan,  ujian  yang  datang  pula  tidak  mengira  keadaan  dan
             waktu seseorang sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. Sehinggakan
             kadang kala menguji tahap kesabaran kita. Maka, apabila seseorang tidak tahan

             dengan ujian yang menimpa, sifat marah dalam diri secara tidak langsung akan
             timbul  sehingga  menguasai  diri  dan  menyebabkan  kita  mudah  mengambil
             tindakan-tindakan yang negatif. Namun, adakah kita perlu membiarkan diri kita
             terus berada dalam keadaan marah? Oleh itu, di sini saya berikan sedikit cara
             untuk mengawal rasa marah kita:

             1) BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP
             -Jangan  biarkan  diri  anda  berkata-kata  kerana  kebiasaannya  percakapan  kita
             dipengaruhi  oleh  emosi  ketika  kita  berada  dalam  keadaan  marah.  Ambil  masa
             untuk  berfikir  sebelum  bercakap  seperti  menarik  nafas  yang  dalam  terlebih

             dahulu untuk menenangkan diri seketika.
             2) LUAH SELEPAS TENANG
             -Luahkan  permasalahan  anda  apabila  sudah  berasa  tenang  agar  dapat
             mengawal nada dengan baik dan tidak bercampur baur.
             3) CARI PENYELESAIAN

             -Sentiasa  mengingatkan  diri  bahawa  kemarahan  tidak  akan  memperbaiki
             keadaan  tetapi  permasalahan  dapat  diatasi  dengan  mencari  solusi  dan
             penyelesaian. Oleh itu, fikirkan secara rasional dalam mengatasi masalah kerana

             setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaian.
             4) REHATKAN DIRI
             -Lakukan  aktiviti  yang  mampu  memberikan  kita  ketenangan.  Seperti  boleh
             mendengar lagu, menyanyi, tidur dan sebagainya. Secara tidak langsung, dengan
             melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, kita dapat melupakan seketika masalah yang

             membebani diri kita.
             5) JANGAN BERDENDAM
             -Biasakan diri untuk memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam. Saling
             memaafkan akan memberikan ketenangan dan masalah tidak akan menghantui

             dalam diri secara berterusan.

















                O L E H :   U S M A N   B I N   H A T I B ,   P I S M P ,   P A I   3
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49