Page 42 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 42
Fitnah
Sejak kebelakangan ini, bukalah mana-mana platform media
sosial sekalipun pasti akan ada isu fitnah sesama manusia. Lebih
menyedihkan ia berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri.
ALLAHU AKBAR! Fitnah itu sudah seperti adat bagi umat akhir
zaman ini. Sedih dan amat menakutkan. Wahai saudaraku, jika
dengan kita membuka mulut di hadapan khalayak ramai itu
untuk menjatuhkan orang lain, maka berhentilah dan kuncilah
mulut itu untuk seketika. Renungkan dahulu akibat daripada
kata-kata yang akan dilontarkan itu. Jika niat kamu adalah untuk
menegur, maka ada cara lain yang Islam ajarkan. Bukan dengan
cara menjatuhkan dan mengaibkan orang. Jika kita tak mampu
menghadapi fitnah maka jangan kita mulakan fitnah. Jika merasa
marah dan tidak puas hati, maka tegurlah secara berhadapan
dengan individu tersebut dan selesaikan dengan hikmah.
َ
ﱠ َ
ﱢ
َ
َ
َ
ُ
ٌ تﺎ َ ﻤ َ ﻤﻟاَو ﺎﻴْﺤ َ ﻤﻟا ِﺔَﻨْﺘِﻓ ْ ﻦِﻣَو رﺎﱠﻨﻟا باﺬَﻋ ْ ﻦِﻣَو ﺮﺒﻘﻟا باﺬَﻋ ْ ﻦِﻣ َ ﻚﺑ ذﻮُﻋأ ﻲﻧإ ﱠ ﻢُﻬﻠﻟا
ِ
ِ
ِ
َ
ِ
ِ ْ
ْ ِ
ْ
َ
لﺎﱠﺟﱠﺪﻟا ﺢﻴ ِ ﺴ َ ﻤﻟا ِﺔَﻨْﺘِﻓ ﱢﺮﺷ ْ ﻦِﻣَو
ِ
ِ
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa
kubur, dari seksa neraka, dari fitnah hidup dan mati dan dari
kejatahan fitnah Dajjal."
Boleh amalkan doa ini selepas bacaan tahiyyat akhir dan sebelum
salam pertama. Semoga diri kita sentiasa berada dalam
perlindungan ALLAH SWT dan dijauhkan dari segala fitnah
dunia.
O L E H : M A I Z A T U L N I K M A H B I N T I M O H D . R A Z I , P I S M P ,
P A I 1

