Page 43 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 43
KELEBIHAN HABBATUS
SAUDA
Habbatus sauda turut dikenali sebagai jintan hitam merupakan sejenis
tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat. Ia
kini boleh didapati di kebanyakan negara Eropah dan Selatan Afrika.
Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa dimakan untuk
tujuan kesihatan, perubatan tradisional serta digunakan dalam
masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti di Asia Barat dan
India.
Habbatus sauda mengandungi beberapa kandungan yang sangat
diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan
secara keseluruhan. Antaranya ialah serat, mineral dan kompaun
bioaktif. Oleh kerana habbatus sauda mengandungi beberapa
komponen penting pada kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat dan
impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antaranya ialah dapat
menurunkan paras kolestrol. Habbatus sauda merupakan sumber
makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL.
Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi
salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras
kolesterol.
Habbatus sauda turut membantu mengawal tekanan darah. Ia
mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan
darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan
dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah. Jika dilihat pada
kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini
menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi
yang baik
O L E H : N I K M U H A M A D I K R A M B I N N I K S H U H A I M I , P I S M P ,
P A I 2

