Page 31 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 31

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                                  DASAR DAN PANDUAN AM UNTUK GURU DAN KAKITANGAN
                                                     SMK PADANG MIDIN

                 1.0    ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
                        1.1     Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu
                                semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
                        1.2     Guru-guru  dinasihatkan  supaya  membaca,  memahami  dan  mentafsir  dengan  tepat  akan  kandungan  Perintah  Am dan Arahan
                                Perkhidmatan.
                        1.3     Guru hendaklah  menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion  dan  bukan sebagai satu
                                pekerjaan/mata pencarian.
                        1.4     Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan cemerlang.
                        1.5     Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
                        1.6     Guru hendaklah meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan peribadi dalam menjalankan
                                tugas.
                        1.7     Adalah menjadi tanggungjawab semua guru terhadap masalah disiplin dan akhlak pelajar.
                        1.8     Guru digalakkan mengenali pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta
                                menghormati mereka.
                        1.9     Semua surat-menyurat kepada Jabatan Pendidikan hendaklah disalurkan melalui dan salinan Pengetua.
                        1.10    Guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan menjaga
                                harta benda sekolah.
                        1.11    Guru dan kakitangan mestilah mendapat kebenaran Pengetua sekiranya ingin pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
                                Kementerian Pendidikan Malaysia atas urusan rasmi.
                        1.12    Guru ganti dikehendaki masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan.
                        1.13    Guru sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
                        1.14    Guru-guru hendaklah hadir ke sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan apabila diarahkan oleh Pengetua.
                        1.15    Guru-guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan pelajar semasa kegiatan di luar sekolah
                        1.16    Waktu persekolahan rasmi bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang
                        1.17    Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah
                        1.18    Bekerja sebagai sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi , Matlamat dan Objektif Sekolah.
                        1.19    Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
                        1.20    Semua guru adalah guru disiplin
                        1.21    Semua guru adalah guru kaunseling

                  2.0.   KEDATANGAN
                        2.1     Jadual waktu bertugas mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
                        2.2     Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan merekodkan kehadiran semasa sampai dan
                                sewaktu pulang sekolah
                        2.3     Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang sewajar. Guru-
                                guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
                        2.4     Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
                        2.5     Guru dikehendaki menepati masa masuk dan keluar kelas
                        2.6     Guru waktu pertama mestilah berada bersama pelajar bagi mengaminkan doa
                        2.7     Guru waktu akhir mestilah memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, tingkap ditutup dan meninggalkan kelas
                                selepas  semua pelajar keluar dari kelas.
                        2.8     Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

                 3.0    PERKHIDMATAN  PELANGGAN
                        3.1     Guru-guru mestilah prihatin dalam proses pembelajaran pelajar, agar prestasi kian meningkat. Sebarang masalah pengajaran dan
                                pembelajaran hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan.
                        3.2     Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, kecuali dalam masa
                                kecemasan
                        3.3     Semua guru adalah guru disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab bersama terhadap masalah disiplin dan akhlak pelajar.
                        3.4     Semua guru adalah kaunselor. Guru-guru bertanggungjawab mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan dan kebersihan
                                pelajar.
                        3.5     Guru-guru dikehendaki sedia mendengar pemasalahan pelajar, bersikap tegas, elakkan daripada melakukan kekerasan
                        3.6     Guru-guru hendaklah sentiasa berkhidmat dengan sebaik-baiknya, mesra dan ikhlas untuk memuaskan hati pelanggan.









                                                                                                             26
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36