Page 32 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 32

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023


                 4.0    KELUAR WAKTU BERTUGAS
                        4.1    Guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana berkursus, menjadi fasilitator, memberi ceramah atau lain-lain arahan
                               Jabatan diminta menyediakan bahan pengajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
                        4.2    Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang
                               tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
                               Pengetua / Penolong Kanan.
                        4.3    Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atau urusan peribadi mestilah memohon cuti rehat khas sekiranya tempoh masa
                               keluar pada hari tersebut melebihi 4 jam. Bagi guru-guru yang ada temu janji hospital – sila dapatkan time slip / cuti
                               sakit.
                        4.4    Semua  guru  dan  AKP  dikehendaki  mendapatkan  kebenaran  keluar  daripada  Pengetua  atau  wakilnya  dan  mengisi buku
                               kebenaran keluar serta dapatkan tanda tangan sebagai tanda kebenaran
                        4.5    Semua guru dan AKP hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.

                 5.0    MELAKUKAN KERJA LUAR
                        5.1.    Penjawat awam termasuk guru dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab “D” seperti
                                berikut :
                                5.1.1.   Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
                                5.1.2.   Dibenarkan dengan syarat :
                                       5.1.2.1.   Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
                                       5.1.2.2.   Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
                                       5.1.2.3.   Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
                        5.2.    Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta
                                Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 79 (1) dan Subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 30,000
                                (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

                 6.0    CUTI
                        6.1.    Cuti Rehat/Cuti Penggal
                                Mengikut    surat      Pekeliling    Kementerian    Pelajaran    KP(PP)    0046.    SJ/A(30) bertarikh 24
                                Disember  1993,  guru  berkelayakan  mendapat  cuti  penggal  sekolah  untuk  menggantikan  cuti  rehat. Tetapi  guru  boleh
                                dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
                                selain daripada tugas mengajar biasa.

                        6.2.    Cuti Rehat Khas (CRK)
                                6.2.1.   Guru layak mendapat 10 hari cuti rehat khas berdasarkan tempoh perkhidmatannya. Walau bagaimanapun,
                                       Cuti Rehat Khas guru adalah tertakluk kepada kelulusan pengetua. Sila rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan
                                       yang menggantikan Cuti Sambilan.
                                6.2.2.   Guru-guru yang tidak hadir bekerja tanpa Sijil Sakit atau urusan rasmi yang diluluskan, dikehendaki meminta
                                       cuti terlebih dahulu dengan menyempurnakan Borang Permohonan Cuti Rehat Khas (jika layak).
                                6.2.3.   Guru boleh  mengambil  Cuti Rehat Khas jika  ada urusan kecemasan / masalah yang tidak dapat dielakkan.
                                       Walau bagaimanapun, Cuti Rehat Khas guru adalah tertakluk kepada kelulusan pengetua.
                                6.2.4.   Borang  Permohonan  Cuti  hendaklah  disempurnakan  sebelum  tarikh  cuti  diambil.  Pengecualian  boleh
                                       dibenarkan atas sebab kecemasan sahaja.
                                6.2.5.   Cuti Rehat Khas guru tidak boleh digunakan untuk tujuan melancong.

                        6.3.    Cuti Sakit
                                6.3.1   Guru yang sakit dan tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi pengetua, GPK Pentadbiran dan pejabat
                                      sekolah untuk memaklumkan cuti sebelum masa pertama persekolahan.
                                6.3.2   Semasa cuti sakit, guru disyaratkan berada di rumah / hospital (Perintah Am Bab C Hal 17(C)).
                                6.3.3   Sijil sakit hendaklah diserahkan segera pada keesokan harinya.
                                6.3.4   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik swasta tidak boleh dipinda.
                                6.3.5   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun bagi pegawai yang
                                      menerima rawatan sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan dalam wad).
                                6.3.6   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun bagi pegawai yang
                                      menerima rawatan sebagai pesakit dalam (dalam wad).
                                6.3.7   Sijil  sakit yang melebihi 180 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilkemukaan kepada
                                      JPNT dan KPM untuk kelulusan.
                                6.3.8   Kemudahan  Cuti  Bersalin  Bergaji  Penuh  untuk  penjawat  awam  ialah  300  hari  sepanjang  tempoh
                                      perkhidmatannya. Guru / kakitangan yang akan bersalin hendaklah menyempurnakan borang permohonan cuti
                                      bersalin sebelum bercuti.
                                6.3.9   Cuti bersalin boleh bermula lebih awal dari tarikh bersalin dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.







                                                                                                             27
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37