Page 33 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 33

Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023



                        6.4.    Cuti Tanpa Rekod
                               6.4.1   Cuti ini diberi untuk perkara-perkara berikut:
                               6.4.2   Cuti Latihan Pasukan Sukarela yang diiktiraf oleh kerajaan
                               6.4.3   Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan
                               6.4.4   Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
                               6.4.5   Cuti Memasuki Peperiksaan Jabatan (PA 44 BAB C)
                               6.4.6   Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
                               6.4.7   Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan [PA 46(b) Bab C 1974] 5.
                               6.4.8   Cuti Tugas Khas Perubatan [PA 47 Bab C 1974] 3.
                               6.4.9   Cuti Isteri Bersalin-  Dibenarkan sebanyak  5 kali sahaja dalam  tempoh  perkhidmatan  kepada pegawai
                                      lelaki kerana isteri bersalin. (Perenggan 58.2 PP 9/1991).
                               6.4.10   Tempoh :7 hari (PP 9/2002)
                               6.4.11   Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat – ibu bapa / isteri / suami dan ibu bapa mertua / anak angkat yang
                                      sah dari segi undang-undang. (JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) ). Tempoh  :  3 hari  ( PP 10/2002)
                               6.4.12   Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program MSN.
                               6.4.13   Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ - Salinan perakuan surat beserta borang cuti tanpa rekod
                                      hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

                 7.0    LAWATAN PERSENDIRIAN KE LUAR NEGERI
                        7.1.   Guru yang hendak ke luar negeri dikehendaki menyempurnakan borang permohonan ke luar negeri 5 minggu sebelum
                               tarikh lawatan walaupun melibatkan cuti sekolah.
                        7.2.   Borang permohonan lawatan persendirian ke luar negeri hendaklah disempurnakan melalui pengetua.
                        7.3.   Lawatan persendirian guru ke luar negeri hendaklah dibuat dalam waktu cuti persekolahan.

                 8.0    PAKAIAN
                         8.1   Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
                         8.2   Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
                         8.3   Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
                         8.4   Guru lelaki tidak dibenarkan memakai kopiah sewaktu bertugas.
                         8.5   Semua guru lelaki dikehendaki memakai  kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut
                               sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
                         8.6   Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis
                         8.7   Semua guru hendaklah memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari Selasa
                         8.8   Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
                               8.8.1.   Guru Perempuan :-
                                       Seluar trek/seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek.  Kasut  sukan atau getah tanpa tumit.
                               8.8.2.   Guru Lelaki :-
                                       Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut
                                       getah tanpa tumit.

                 9.0    PERHUBUNGAN SESAMA GURU
                        9.1    Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat
                               mengawal tutur kata mereka. Juga diharap akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
                        9.2    Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru, pelajar atau
                               staf sokongan sekolah yang lain.
                        9.3    Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya
                               adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

                 10.0   BILIK GURU
                        10.1   Kebersihan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda bilik guru.
                        10.2   Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa inilah dianggap sebagai ‘Non teaching period’ dan
                               bukannya  ‘free  period’.  Oleh  itu  guru  hendaklah  menggunakan  masa  tersebut  untuk  perkara-perkara berkaitan  dengan
                               pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
                        10.3   Guru tidak digalak membenarkan pelajar berada di dalam bilik guru.
                        10.4   Guru  yang  berada  di  bilik  guru  hendaklah  sama-sama  bertanggungjawab  memastikan  suasana  yang  sesuai  dan tidak
                               mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
                        10.5   Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru
                        10.6   Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air cond dipadamkan dan
                               semua pintu dikunci.


                                                                                                             28
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38