Page 34 - Buku Manual Pengurusan 20222023 smidin
P. 34
Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023
11.0 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
11.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau
Pengetua.
11.2 Guru-guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata
Pelajaran atau Penolong Kanan.
12.0 TUGAS GURU
12.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kokurikulum dan pentadbiran sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas- tugas
tersebut dengan cekap, dedikasi dan bertanggungjawab.
12.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan
atau ke sekolah lain, guru hendaklah
12.3 mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakanmya tanpa
pengetahuan Pengetua.
12.4 Menjalankan kegiatan kurikulum. Setiap guru mestilah menjadi guru mata pelajaran dan mengajar mengikut masa yang telah
diperuntukkan.
12.4.1 Mengadakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dan menulisya ke dalam Buku Persediaan Mengajar
12.4.2 Mengadakan ujian-ujian yang sesuai mengikut keperluan. Merekodkan dan menganalisis keputusan ujian
untuk dijadikan panduan mengajar.
12.4.3 Menyediakan persediaan mengajar mingguan dan harian tentang pelajaran yang diajar.
12.4.4 Menjalankan persediaan mengajar mingguan dan harian tentang pelajaran yang diajar.
12.4.5 Meningkatkan minat pelajar kepada ilmu pengetahuan.
12.5 Menganggotai Panitia Mata Pelajaran atau Jawatankuasa Kurikulum Sekolah bila diperlukan serta membantu
melaksanakan projek- projek yang dirancang oleh badan lain.
12.6 Menggantikan guru yang tidak hadir bila diperlukan oleh Pengetua atau wakilnya.
12.7 Mengendalikan kegiatan kokurikulum selaku guru pengawas persatuan/kelab/ unit beruniform/ permainan atau sukan
mengikut yang diperuntukkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
12.8 Mengendalikan dan meyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Tingkatan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, Guru
Bertugas Harian, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Sukan, Guru Buku Teks, Pengawas Koperasi dan
seumpamanya.
12.9 Mengawas dan membantu dalam perkara-perkara mengenai :-
12.9.1 Disiplin pelajar.
12.9.2 Panduan Kerjaya Pelajar.
12.9.3 Kebersihan sekolah dan pelajar
12.9.4 Keselamatan sekolah dan pelajar
12.10 Semua Ketua Panitia dimestikan mempunyai buku stok. Pembelian oleh panitia hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada Guru
Kanan Mata Pelajaran serta mendapat kelulusan Pengetua dan menggunakan Borang Pesanan Dalaman. Semua pembelian
mestilah mendapat kelulusan pengetua melalui borang Nota Minta.
12.11 Memberi kerjasama dalam kerja-kerja urusan pejabat sekolah antara lain mengemas kini stok-stok yang diurus, mengisi
borang-borang dan urusan lain
12.12 Sentiasa berusaha memberi khidmat yang sebaik-baiknya kepada pelajar-pelajar serta sentiasa menjadikan diri sebagai
contoh yang ideal kepada mereka.
12.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
13.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang
merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dimaklum ke pengetahuan pihak
sekolah.
13.2 Ketua Panitia/ Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik- bilik tertentu
seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
14.0 FAIL REKOD MENGAJAR / e-RPH
14.1. Guru hendaklah melengkap dan mengemaskini e-RPH guru.
14.2. e-RPH hendaklah dihantar setiap hujung minggu (Khamis / hari sebelumnya jika hari Khamis diisytiharkan cuti) kepada
pegawai berikut :
• Pengetua
• GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum
14.3. Guru bercuti atau berkursus hendaklah menghantar e-RPH secara online.
29

