Page 34 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 34

Manual Pengurusan Sekolah 2021





                 11.0    MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
                         11.1   Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu
                               Tadbir atau Pengetua.
                         11.2   Guru-guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan
                               Mata Pelajaran atau Penolong Kanan.

                 12.0    TUGAS GURU
                         12.1   Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kokurikulum dan pentadbiran sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-
                                tugas tersebut dengan cekap, dedikasi dan bertanggungjawab.
                         12.2   Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan
                                Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah
                         12.3   mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakanmya tanpa
                                pengetahuan Pengetua.
                         12.4   Menjalankan kegiatan kurikulum. Setiap guru mestilah menjadi guru mata pelajaran dan mengajar mengikut masa
                                yang telah diperuntukkan.
                               12.4.1   Mengadakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dan menulisya ke dalam Buku Persediaan
                                        Mengajar
                               12.4.2   Mengadakan ujian-ujian yang sesuai mengikut keperluan. Merekodkan dan menganalisis keputusan
                                        ujian untuk dijadikan panduan mengajar.
                               12.4.3   Menyediakan persediaan mengajar mingguan dan harian tentang pelajaran yang diajar.
                               12.4.4   Menjalankan persediaan mengajar mingguan dan harian tentang pelajaran yang diajar.
                               12.4.5   Meningkatkan minat pelajar kepada ilmu pengetahuan.
                         12.5   Menganggotai  Panitia  Mata  Pelajaran  atau  Jawatankuasa  Kurikulum  Sekolah  bila  diperlukan  serta  membantu
                                melaksanakan projek- projek yang dirancang oleh badan lain.
                         12.6   Menggantikan guru yang tidak hadir bila diperlukan oleh Pengetua atau wakilnya.
                         12.7   Mengendalikan  kegiatan  kokurikulum  selaku  guru  pengawas  persatuan/kelab/  unit  beruniform/  permainan  atau
                                sukan mengikut yang diperuntukkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
                         12.8   Mengendalikan dan meyempurnakan tugas-tugas khas seperti  Guru Tingkatan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua
                                Panitia, Guru Bertugas Harian, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Sukan, Guru Buku Teks, Pengawas
                                Koperasi dan seumpamanya.
                         12.9   Mengawas dan membantu dalam perkara-perkara mengenai :-
                               12.9.1   Disiplin pelajar.
                               12.9.2   Panduan Kerjaya Pelajar.
                               12.9.3   Kebersihan sekolah dan pelajar
                               12.9.4   Keselamatan sekolah dan pelajar
                         12.10   Semua Ketua Panitia dimestikan mempunyai buku stok.  Pembelian oleh panitia hendaklah dirujuk terlebih dahulu
                                kepada  Guru  Kanan  Mata  Pelajaran  serta  mendapat  kelulusan  Pengetua  dan  menggunakan  Borang  Pesanan
                                Dalaman.  Semua pembelian mestilah mendapat kelulusan pengetua melalui borang Nota Minta.
                         12.11   Memberi kerjasama dalam kerja-kerja urusan pejabat sekolah antara lain mengemas kini stok-stok yang diurus,
                                mengisi borang-borang dan urusan lain
                         12.12   Sentiasa berusaha memberi khidmat yang sebaik-baiknya kepada pelajar-pelajar serta sentiasa menjadikan diri
                                sebagai contoh yang ideal kepada mereka.
                         12.13   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

                 13.0   KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
                        13.1   Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya  dalam  menjaga  keselamatan  harta  benda  sekolah.
                               Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dimaklum
                               ke pengetahuan pihak sekolah.
                        13.2   Ketua Panitia/ Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-
                               bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

                 14.0   FAIL REKOD MENGAJAR / e-RPH
                        14.1.   Guru hendaklah melengkap dan mengemaskini e-RPH guru.
                        14.2.   e-RPH hendaklah dihantar setiap hujung minggu (Khamis / hari sebelumnya jika hari Khamis diisytiharkan cuti)
                                kepada pegawai berikut :
                                •      Pengetua
                                •      GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum
                        14.3.   Guru bercuti atau berkursus hendaklah menghantar e-RPH secara online.





                                                                                                         29
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39