Page 14 - Buku Pengurusan 2021
P. 14

PERATURAN AM PERKHIDMATAN PELAJARAN

               1.      TANGGUNGJAWAB KEGURUAN
                       1.1.   Arahan Am
                              1.1.1.  Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat
                                     dalam Perintah Am Kerajaan.
                              1.1.2.  Guru  dinasihatkan  supaya  membaca,  memahami  serta  boleh  mentafsirkan
                                     dengan tepat kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan.
                              1.1.3.  Guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesion  keguruan  dan  menjunjungnya
                                     sebagai satu  profesion dan  bukannya  sebagai satu pekerjaan/  mata  pencarian
                                     semata-mata.
                              1.1.4.  Semua  guru  hendaklah  mengamal  serta  menghayati  prinsip  perkhidmatan
                                     cemerlang.
                              1.1.5.  Semua  guru  bertanggungjawab  menjaga  dan  menjamin  keselamatan  pelajar
                                     serta menjaga keselamatan harta benda sekolah ketika berada di sekolah.
                              1.1.6.  Semua guru dikehendaki sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
                                     dinamik serta cekap menjalankan tugas.

                       1.2.   Melaksanakan Arahan dan Tugas
                              1.2.1.  Apabila  diarahkan  melaksanakan  sesuatu  tugas,  misalnya  mewakili  sekolah
                                     membawa pelajar bermain atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan
                                     pelajar  melakukan  sesuatu  maka  tugas  itu  hendaklah  dilakukan  sendiri.  Tidak
                                     boleh  pihak  yang  ditugaskan  mengarahkan  orang  lain  tanpa  kebenaran
                                     Pengetua.
                              1.2.2.  Sekiranya  sesuatu  tugas  itu  terpaksa  diserahkan  kepada  orang  lain  walaupun
                                     dipersetujui  oleh pihak  yang  menggantikan,  mestilah mendapat  kebenaran dari
                                     Pengetua terlebih dahulu.
                              1.2.3.  Tugas  yang  sepatutnya  dilakukan  oleh  guru  sendiri  tidak  boleh  diserahkan
                                     kepada pelajar, misalnya memegang/ menyimpan kunci sekolah.

                       1.3.   Kehadiran Dan Ketepatan Masa
                              1.3.1.  Masa datang ke sekolah.
                                     ▪  Semua guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
                                         persekolahan  bermula,  berdasarkan  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  yang
                                         bertarikh 12 September 1981.
                                     ▪  Semua guru hendaklah merakam kehadiran pada kad perakam waktu/sistem
                                         komputer di pejabat sekolah semasa sampai dan waktu balik sekolah.
                                     ▪  Guru  yang  tidak  hadir  atau  terpaksa  datang  lewat  hendaklah  memberikan
                                         kenyataan  serta  sebab-sebab  yang  wajar.  Guru  yang  tidak  hadir  mestilah
                                         memberitahu pihak sekolah/Penolong Kanan dengan segera melalui telefon
                                         supaya Jadual Guru Ganti dapat disediakan.
                              1.3.2.  Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa
                                     sepanjang  waktu  bertugas  di  sekolah,  semasa  datang  dan  balik  dari  sekolah,
                                     ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan kegiatan
                                     di luar bilik darjah.
                              1.3.3.  Waktu  Rasmi  Sekolah  adalah  sebagaimana  yang  tertera  dalam  Jadual  Waktu
                                     Persekolahan.
                              1.3.4.  Melepaskan pelajar lebih awal.
                                     ▪  Guru-guru tidak dibenarkan melepaskan pelajar lebih awal pada waktu rehat
                                         dan waktu balik melainkan dengan kebenaran Pengetua.
                                     ▪  Guru tidak dibenarkan memberi kebenaran untuk pelajar pulang ke asrama
                                         tanpa pengetahuan Penolong Kanan HEM atau Warden.
                              1.3.5.  Keluar Waktu Mengajar.
                                     ▪  Guru-guru dan Staf Sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
                                         dalam  masa  bertugas  kecuali  jika  ada  sesuatu  yang  tidak  dapat  dielakkan
                                                             13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19