Page 18 - Buku Pengurusan 2021
P. 18

2.      ETIKA BERPAKAIAN
                      2.1.    Kemas dan bersopan (sila rujuk pekeliling Bil. 6/1985)
                      2.2.    Waktu mesyuarat adalah tugas rasmi, pakaian mesti ikut pekeliling.
                      2.3.    Semua  guru  hendaklah  memakai  tanda  nama  pada  hari  persekolahan,  majlis  rasmi  di
                              sekolah / di luar sekolah.
                      2.4.    Tanda nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan (Hitam dan Putih sahaja)

               3.      CUTI
                      3.1.    Cuti Penggal
                              Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046SJ/A/(30)  bertarikh  24
                              Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
                              cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga
                              daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk  menjalankan  tugas-tugas  seharian  daripada
                              tugas mengajar.

                      3.2.    Cuti Sakit
                              3.2.1.  Guru-guru  atau  kakitangan  sekolah  yang  tidak  hadir  kerana  sakit  hendaklah
                                     memberitahu melalui :
                                     3.2.1.1.  Telefon (menelefon Pengetua / Penolong Kanan ).
                                     3.2.1.2.  Melaporkan diri kepada Pengetua / Penolong Kanan sebaik sahaja balik
                                            bertugas.
                                     3.2.1.3.  Menyerahkan sijil sakit melalui KPT kepada Pengetua / Penolong Kanan.
                              3.2.2.  Sijil sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus
                                     akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gaji.
                              3.2.3.  Sijil sakit daripada klinik swasta yang melebihi dua hari barturut-turut, hendaklah
                                     disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
                              3.2.4.  Cuti sakit yang diperoleh daripada Klinik Swasta tidak boleh melebihi 15 hari
                                     dalam setahun.

                      3.3.    Cuti Rehat Khas
                              3.3.1.  Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
                              3.3.2.  Dalam keadaan kecemasan, seseorang guru atas pertimbangan Pengetua boleh
                                     dibenarkan mengambil cuti tersebut.
                              3.3.3.  Guru  hendaklah  mengisi  cuti  menggunakan  aplikasi  sistem  HRMIS  seminggu
                                     sebelum tarikh cuti dipohon.
                              3.3.4.  Cuti ini hanya 10 hari setahun. (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2017).

                      3.4.    Cuti Tanpa Gaji
                              3.4.1.  Mengikut  Perintah  Am  Bab  Cuti  Tanpa  Gaji,  cuti  tersebut  boleh  dipohon  atas
                                     sebab-sebab persendirian yang mustahak.
                              3.4.2.  Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
                                     tetapi tidak melebihi 180 hari.
                              3.4.3.  Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa
                                     4 tahun.
                              3.4.4.  Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
                                     oleh  Pengarah  Pelajaran  Negeri.  Cuti  yang  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh
                                     Kementerian  Pelajaran  Malaysia.  Borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke
                                     JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
                              3.4.5.  Guru-guru  tidak  digalakkan  mengambil  cuti  tanpa  gaji  kerana  urusan  peribadi
                                     kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak menggangu pentadbiran
                                     sekolah serta kepentingan pelajar.






                                                             17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23