Page 19 - Buku Pengurusan 2021
P. 19
3.5. Cuti Bersalin
Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2017
3.6. Cuti Haji & Umrah
3.6.1. Cuti Haji - Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984
3.6.2. Cuti Umrah- Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2017
3.7. Cuti-cuti Lain
Cuti selain daripada cuti-cuti yang tersebut di atas, hendaklah dipohon menggunakan
borang-borang khas yang diperuntukkan dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
supaya mendapat kelulusan daripada BPSBP / JPN / KPM.
3.8. Memohon Cuti
3.8.1. Guru-guru atau kakitangan sekolah hendaklah meminta kebenaran Pengetua
sebelum memohon cuti dan mengisi borang permohonan selewat-lewatnya
seminggu sebelum tarikh permohonan kecuali bagi kes-kes kecemasan.
3.8.2. Guru dan kakitangan sekolah tidak boleh bercuti sebelum permohonan
diluluskan.
3.8.3. Sila semak dari pejabat sekolah mengenai syarat-syarat memohon cuti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran, misalnya cuti ke luar negeri hendaklah
dikemukakan tiga bulan sebelum tarikh bertolak.
4. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN - PdPc
4.1. Penggunaan waktu tidak mengajar hendaklah dimanfaatkan oleh guru dengan sebaik-
baiknya. Waktu tidak mengajar hendaklah diangggap sebagai ‘non-teaching period’ dan
bukannya ‘free period’. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan waktu tidak mengajar
untuk mengemaskini dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan pengajaran dan
pembelajaran.
4.2. Rujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.
4.3. Jadual Waktu
4.3.1. Guru tingkatan hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas
dipamerkan di dalam kelas sendiri.
4.3.2. Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.
4.3.3. Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar
mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan
meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Pengetua.
4.3.4. Guru dikehendaki mematuhi jadual waktu – ‘Waktu Ganti’ yang
dikeluarkan oleh Penolong Kanan / Guru Kanan.
4.3.5. Semasa peperiksaan dijalankan, guru-guru tidak dibenarkan keluar
sehingga guru pengganti datang.
4.3.6. Guru-guru hendaklah memberi penekanan kepada Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) berkualiti (Quality Teaching).
4.3.7. Semasa P&P sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar /
masuk untuk menjalankan kegiatan lain, pastikan pelajar tersebut
menggunakan kad kebenaran keluar kelas. Pastikan gangguan di tahap
minima atau sebaiknya tiada langsung.
4.4. Pengurusan e-RPH
4.4.1. Semua guru membina classroom atau tapak RPH mengikut bidang
masing-masing.
4.4.2. RPH dihantar melalui google classroom.
4.4.3. RPH mesti dihantar pada waktu akhir persekolahan hari Jumaat
18

