Page 17 - Buku Pengurusan 2021
P. 17

1.12  Arahan Dan Surat Pekeliling
                              1.12.1  Setiap  arahan  dan  surat  pekeliling  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua  hendaklah
                                     dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
                              1.12.2  Sekiranya arahan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya
                                     di dalam fail khas.
                              1.12.3  Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, BPSBP, Jabatan Pelajaran atau
                                     PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah
                                     tindakan diambil.
                              1.12.4  Sekiranya  guru  ingkar  arahan  Pengetua  tanpa  alasan  yang  munasabah,  boleh
                                     dikenakan tindakan tatatertib.

                       1.13  Keanggotaan Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP)
                              1.13.1  Semua  guru  dan  kakitangan  sekolah  dikehendaki  memberi  kerjasama  dengan
                                     menjadi  ahli  PSKPP,  seterusnya  membayar  yuran  tahunan  dan  mengambil
                                     bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini di peringkat daerah,
                                     negeri dan kebangsaan.

                       1.14.  Acara / Majlis Rasmi Sekolah / Kursus Dalaman / Mesyuarat
                              1.14.1   Semua  guru  dikehendaki hadir  dalam  semua  majlis atau  acara  rasmi  sekolah/
                                     kursus dalaman/mesyuarat. Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab
                                     tidak dapat dielakkan, mestilah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
                              1.14.2  Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
                                     kepada  Pengetua.  Satu  salinan  akan  disimpan  dalam  fail  peribadi  guru
                                     berkenaan.
                              1.14.3  Guru dan staf sokongan digalakkan memakai batik sekolah semasa majlis rasmi.

                       1.15.  Perhubungan Dengan Rakan Sejawat
                              1.15.1  Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
                                     yang  baik  dan  sihat  sesama  rakan  dan  sentiasa  mengawal  tutur  kata  supaya
                                     wujud  perasan  kekitaan  dalam  organisasi  dan  mengelakkan  ketegangan
                                     hubungan.
                              1.15.2  Guru  dan  staf  sokongan  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa
                                     pandangan/  fahaman  / pendapat  /  kepercayaan  sesama  rakan ataupun  pelajar
                                     sekolah ini.
                              1.15.3  Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
                                     sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
                                     wujud di sekolah.

                       1.16.  Larangan  Pegawai  Perkhidmatan  Pelajaran,  Staf  Sokongan  Dan  Murid  Sekolah
                              Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
                              1.16.1  Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999

                       1.17.  Prestasi Guru dan Staf Sokongan
                              1.17.1  Prestasi  guru  adalah  sulit.  Guru  dan  staf  boleh  mendapatkan  markah  prestasi
                                     daripada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

                       1.18.  Maklumat Dan Informasi Untuk Guru Dan Staf
                              1.18.1 Papan Kenyataan Pejabat / Bilik Guru digunakan untuk sebarang  berita, arahan-
                                     arahan, surat-surat pekeliling dari KPM, BPSBP, JPN, PPD dan Pengetua. Guru-
                                     guru dan  staf  diminta  merujuk  papan  kenyataan di pejabat  atau  bilik guru dari
                                     semasa ke semasa untuk faedah diri sendiri dan sekolah.






                                                             16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22