Page 16 - Buku Pengurusan 2021
P. 16

disampaikan  melalui Penolong  Kanan  Pentadbiran,  Penolong  Kanan  HEM  dan
                                     dan  Penolong Kanan  Kokurikulum  disampaikan  dalam  perhimpunan  hari  Rabu
                                     dan Jumaat.
                              1.6.4.  Pada  hari  Jumaat  merupakan  waktu  pertemuan  antara  guru  dengan  pelajar di
                                     asrama sebanyak 2 kali sebulan. Pengurusan kelas juga dilakukan sebanyak 2
                                     kali sebulan pada hari Jumaat. Kehadiran guru adalah WAJIB. Ketua guru rumah
                                     hendaklah  memaklumkan  kepada  Pengetua  /  Penolong  Kanan  Pentadbiran  /
                                     Penolong Kanan HEM sekiranya guru yang diarahkan berada di asrama TIDAK
                                     HADIR melebihi dua kali tanpa alasan munasabah.

                       1.7.   Bilik Guru
                              1.7.1.  Kebersihan  dan  keselamatan  bilik  guru  adalah  menjadi  tanggungjawab  semua
                                     guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
                              1.7.2.  Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa
                                     ini hendaklah dianggap seabagai ‘non teaching period’. Oleh itu guru hendaklah
                                     menggunakan  masa  tersebut  di  bilik  guru  untuk  perkara-perkara  berkaitan
                                     dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)sahaja.
                              1.7.3.  Kelab  Guru  dan  Staf  adalah  bertanggungjawab  menguruskan  bilik  guru  serta
                                     membentuk jawatankuasa bilik guru.
                              1.7.4.  Guru-guru perlu memastikan bilik guru mengamalkan konsep 5S.

                       1.8.   Keahlian Kelab Guru Dan Staf Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
                              1.8.1.  Semua  guru  dan  kakitangan  sekolah  ini  secara  automatik  menjadi  ahli  Kelab
                                     Guru dan Staf.
                              1.8.2.  Tiap-tiap  ahli  hendaklah  menjelaskan  yuran  bulanan  atau  tahunan  yang
                                     ditetapkan mengikut keputusan Mesyuarat Agong Kelab tersebut.
                              1.8.3.  Penasihat  Kelab  Guru  dan  Staf  (Pengetua  /Penolong  Kanan  Pentadbiran  /
                                     Penolong  Kanan  HEM  /  Penolong  Kanan  Kokurikulum)  dijemput  hadir  dalam
                                     setiap Mesyuarat Kelab Guru dan Staf.

                       1.9.   Kegiatan Kokurikulum
                              1.9.1.  Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pelajaran. Semua guru
                                     dikehendaki  melibatkan  diri  dan  menjalankan  tugas  sebagai  Guru  penasihat
                                     dengan cekap dan teratur.
                              1.9.2.  Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan Kokurikulum mestilah
                                     menghadirkan  diri.  Sebarang  kesulitan  yang  berbangkit  disebabkan  ketiadaan
                                     guru terbabit adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
                              1.9.3.  Bagi kegiatan/ aktiviti Kokurikulum yang sama, hanya 4 orang guru sahaja yang
                                     dibenarkan terlibat, tidak termasuk JU/ Pengerusi teknik.

                       1.10.  Kerahsiaan Maklumat Sekolah
                              1.10.1  Guru-guru  dan  kakitangan  tidak  dibenarkan  sama  sekali  membocorkan  rahsia
                                     sekolah. Sila patuhi Perintah Am.

                       1.11.  Menjaga Nama Baik Jabatan
                              1.11.1  Tiap-tiap  guru  dan  kakitangan  mestilah  menjaga  nama  baik  jabatan  (KPM  /
                                     BPSBP / JPN / PPD / STAR, Ipoh)
                              1.11.2  Mengikut  Perintah  Am  Bab  D24,  tindakan  tatatertib  boleh  diambil  ke  atas
                                     kakitangan kerajaan yang gagal berbuat demikian.










                                                             15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21