Page 15 - Buku Pengurusan 2021
P. 15

atau  mendapat  arahan  daripada  Pengetua  atau  pihak  JPN,BPSBP,LPM
                                         dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua.
                                     ▪  Borang kebenaran untuk meninggalkan pejabat hendaklah diisi oleh guru dan
                                         staf. Satu salinan borang hendaklah disimpan di Pejabat Sekolah. Guru-guru
                                         dan kakitangan dinasihatkan supaya menggunakan waktu luar masa bertugas
                                         untuk  menguruskan  hal-hal  peribadi.  Sekiranya  Pengetua  tiada,  kebenaran
                                         boleh diperoleh dari Penolong Kanan.
                                     ▪  Sebelum  meninggalkan  sekolah  guru  diminta  meninggalkan  kerja  bertulis
                                         kepada pelajar jika ada kelas pada waktu itu.
                                     ▪  Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam
                                         keadaan kecemasan.
                                     ▪  Bagi  aktiviti  ceramah  akademik  atau  kokurikulum,  guru  dibenarkan  keluar
                                         hanya setakat 3 kali setahun, kecuali JU/Pengerusi Teknik.
                                     ▪  Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke PPD/JPN/BPSBP untuk urusan peribadi
                                         pada masa sekolah. Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda
                                         nama semasa berada di PPD/JPN/BPSBP.

                       1.4.   Peranan Sebagai Guru Disiplin
                              1.4.1.  Semua guru adalah guru displin yang bertanggungjawab untuk memelihara dan
                                     mengekalkan disiplin.
                              1.4.2.  Semua  guru  yang  mengajar  dalam  kelas  hendaklah  mengawal  disiplin  pelajar-
                                     pelajarnya.
                              1.4.3.  Tindakan  segera  perlu  diambil  terhadap  sebarang  pelanggaran  disiplin  yang
                                     dilakukan  oleh  pelajar.  Mereka  hendaklah  bekerjasama  dengan  guru  disiplin
                                     untuk menjaga dan mengawas perjalanan sekolah.
                              1.4.4.  Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah hendaklah dirujuk kepada guru
                                     disiplin hanya selepas guru berkenaan itu mengambil tindakan sewajarnya.
                              1.4.5.  Perlanggaran  peraturan  sekolah  yang  serius  perlu  dirujuk  kepada  guru  disiplin
                                     dan Pengetua untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
                              1.4.6.  Hukuman dera tidak dibenarkan (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972).
                              1.4.7.  Tatacara  mengenakan  tindakan  dan  hukuman  terhadap  pelajar-pelajar  sekolah
                                     sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995.

                       1.5.   Mesyuarat Guru
                              1.5.1.  Semua  guru  diwajibkan  menghadiri  mesyuarat/taklimat  yang  diberikan  oleh
                                     Pengetua/Penolong Kanan pada setiap hari KHAMIS.
                              1.5.2.  Sekiranya  seseorang  guru  tidak  dapat  hadir  kerana  sesuatu  sebab,  guru
                                     berkenaan  hendaklah  memberitahu  Pengetua  sekurang-kurangnya  sehari
                                     sebelum mesyuarat.
                              1.5.3.  Guru-guru  wajib  hadir  dalam  mesyuarat  yang  dikendalikan  oleh  Ketua-Ketua
                                     Panitia/Setiausaha Sukan dan sebagainya.
                              1.5.4.  Sebelum meninggalkan kelas, guru diminta menguruskan “jual beli” kelas dengan
                                     kelulusan GKMP.

                       1.6.   Perhimpunan Rasmi Mingguan
                              1.6.1.  Kehadiran guru dalam Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah adalah wajib dan
                                     dituliskan dalam Buku Rekod Mengajar/e-RPH
                              1.6.2.  Guru  Bertugas  Mingguan  hendaklah  bersedia  seminggu  lebih  awal  terutama
                                     tentang perkara-perkara berikut:
                                         ▪  Susunan kerusi perhimpunan
                                         ▪  Pengurusan siaraya
                                         ▪  Aturcara
                              1.6.3.  Masa perhimpunan Rasmi Mingguan adalah pada pukul 7.20 pagi hingga 8.00
                                     pagi.  Bagi  menepati  masa  Perhimpunan  Rasmi  Mingguan  hanya  ucapan
                                     Pengetua  sahaja  disampaikan,  manakala  ucapan  daripada  guru-guru  perlu
                                                             14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20