Page 40 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 40

17.1                            DASAR KURIKULUM



                             DASAR KURIKULUM SK TARCISIAN CONVENT, IPOH, PERAK


                                                (Versi 2.1. Pindaan 2017)

               1 LATAR BELAKANG

               Kurikulum  adalah  ’core  business’  bagi  setiap  guru  dan  murid  yang  belajar  di  sekolah  ini.
               Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran
               Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara serta
               misi dan visi sekolah ini. Ianya bertindak sebagai garis panduan kepada warga SK Tarcisian
               Convent  dalam  memberi  khidmat  yang  berkualiti  kepada  semua  murid  yang  merupakan
               pelanggan.  Maka  adalah  menjadi  tanggungjawab  semua  guru  untuk  mematuhi  dasar-dasar
               yang telah ditetapkan tanpa krompomi.


               2 OBJEKTIF

               Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
               2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
               2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
               2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
               Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

               3. DASAR

               3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
               dasar pendidikan kebangsaan.
               3.2.  Kurikulum  yang  dilaksanakan  mestilah  mematuhi  kehendak  Kementerian  Pelajaran
               Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.
               3.3. Sebagai salah sebuah sekolah berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan segala ketetapan
               oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya.
               3.4. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara
               yang  sah  dan  beretika  mengenai  pendidikan  dan  kurikulum  semasa  untuk  memastikan  guru
               berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat
               kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan.
               3.5.  Pada  setiap  masa,  program-program  akademik  diutamakan.  Ini  bermakna  sekiranya
               program  akademik  bertembung  dengan  program  lain,  laluan  untuk  program  akademik
               hendaklah diberikan keutamaan.

               4. MESYUARAT

               4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard
               piawaian  Kementerian  Pelajaran  Malaysia,  Jabatan  Pelajaran  Negeri  Perak  dan  Pejabat
               Pelajaran Daerah Kinta Utara.
               4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
               4.3.  Mesyuarat  Panitia  –  minimum  4  kali  setahun  dan  minit  mesyuarat  hendaklah  siap  dan
               diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia
               masing-masing.4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari
               sebelum tarikh mesyuarat dijalankan.

               4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran
               guru besar sahaja.
                                                            32
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45