Page 42 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 42

7.8. Menghabiskan Sukatan ;
                      i) Sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun semasa.
                     ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Mei bagi tahun semasa.

               8.JADUAL WAKTU

               8.1.  Jumlah  waktu  setiap  mata  pelajaran  mengikut  ketetapan  Akta  Pendidikan  yang
               berkuatkuasa semasa.
               8.2.  Tambahan  waktu  setiap  mata  pelajaran  dibolehkan  mengikut  keperluan  sekolah  dengan
               persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
               8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
               8.4.  Jumlah  waktu  pengajaran  maksima  guru  ialah  30  waktu  seminggu  tidak  termasuk
               perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

               9. GURU GANTI

               9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru
               Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada papan
               notis dan Buku Pergerakan Staf.
               9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual
               waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
               9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
               9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
               9.5. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
               9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.

               10. WAKTU PERSEKOLAHAN

                 i.  Sesi pagi
                       Isnin,Selasa & Khamis : 7.30 pagi - 12.50 tgh
                       Rabu & jumaat : 7.30 pagi – 12.20 tgh

                  ii. Sesi petang
                      Isnin - Khamis : 1.00 petang - 06.00 petang
                      Jumaat : 2.00 petang - 5.30 petang

               * Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas
               yang berkuatkuasa semasa.

               11.PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

               11.0.1 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki UPSR mengikut
               jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
               11.0.2 Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBS KSSR dijalankan sepenuhnya sepanjang
               tahun tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang dikhususkan bagi
               setiap  mata  pelajaran  dan  tahap  penguasaan  murid  itu  sendiri.  Instrumen,  eviden  dan
               showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.

               11.1. Format Peperiksaan
               11.1.1.  JSU disediakan untuk menentukan aras soalan.
               11.1.2.  Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
               11.1.3.  Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
               11.1.4.  Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar
               .




                                                            34
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47