Page 41 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 41

5. SISTEM FAIL

               5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersaiz 2 inci.

               5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail
               hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail
               hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
               5.4. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
               5.5.  Semua  fail  panitia  diletakkan  di  bilik  Penolong  Kanan  Pentadbiran,  ketua  panitia  hanya
               menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”.
               5.5. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;

               Fail 1 – Pengurusan: Isikandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa (cetak dari
               Emis)  takwim  panitia,  kewangan  dan  perancangan  perbelanjaan,  surat-surat  pekeliling,  surat
               panggilan  mesyuarat,  minit  mesyuarat,  instrumen  pencerapan  guru,  instrumen  pencerapan
               murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi,
               laporan program peningkatan mata pelajaran.
               Fail 2 – Sukatan Pelajaran terkini, Huraian Sukatan Pelajaran, modul atau bahan edaran kursus
               yang dibekalkan.

               6. MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

               6.1. Sistem KSSR :
               Modul  Teras  Asas        :  Bahasa  Malaysia,  Bahasa  Inggeris,  Matematik,  Pendidikan  Islam,
               Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
               Modul Teras Tema    : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia Muzik.
               Modul Elektif            : Bahasa Arab.
               6.2. Sistem KBSR :
               Bahasa  Malaysia,  Bahasa  Inggeris,  Matematik,  Sains,  Pendidikan  Islam,  Pendidikan  Moral,
               Bahasa  Arab  Kominikasi,  Pendidikan  Muzik,  Pendidikan  jasmani,  Pendidikan  Kesihatan,
               Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Sivik dan Kewarganegaraan.
               6.3.  Perhimpunan  Rasmi  (Isnin)  adalah  bukan  mata  pelajaran  ajar.  Kehadiran  semua  guru
               semasa  perhimpunan  rasmi  adalah  wajib  sehingga  perhimpunan  selesai  kecuali  atas
               kebenaran guru besar.

               7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN
               HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

               7.1.  Sukatan  Pelajaran  Terkini  yang  dilaksanakan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia
               hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru.
               7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari
               tahun berkenaan.
               7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
               7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
                      i) Tajuk/Isi Pelajaran
                     ii) Objektif
                    iii) Aktiviti
                    iv) KBKK/HOTS/KBAT
                     v) Refleksi
               7.5. Rancangan Rekod Mengajar secara online (ERPH) dihantar setiap hari Isnin dan Jumaat
               pada setiap minggu tanpa gagal melalui Google Classroom.
               7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan  mengajar, rancangan tahunan dan
               sukatan pelajaran  setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
               7.7.  Rancangan  Pengajaran  Harian  hendaklah disediakan  walaupun  guru menghadiri kursus,
               perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan mengganti bagi kelas
               dan mata pelajaran tersebut.


                                                            33
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46