Page 23 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 23

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

                                                  PANDUAN AM SEKOLAH


            PENDAHULUAN
            Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Am Sekolah mengenai beberapa perkara tertentu dalam
            bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama, perhatian berat dan tindakan  timbal
            guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras, menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan
            supaya jentera pentadbiran dan pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin.
            1.      ARAHAN AM
                    1.1.   Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
                         Perintah  Am  Kerajaan.  Oleh  itu  semua  guru  dikehendaki  membaca,  memahami  dan  juga
                         mematuhi Perintah Am tersebut.
                    1.2.   Guru  dan  staf  sokongan  sekolah  dinasihatkan  supaya  membaca,  memahami  dan  boleh
                         mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
                    1.3.   Guru  hendaklah menghayati tatatusila profesion keguruan dan  menjunjungnya sebagai satu
                         profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
                    1.4.   Semua  guru  dan  staf  sokongan  hendaklah  mengamalkan  dan  menghayati  prinsip-prinsip
                         Perkhidmatan Cemerlang.
                    1.5.   Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.

                    1.6.   Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan
                         tugas.

                    1.7.   Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
                         menjaga harta benda sekolah.

                    1.8.   Sentiasa  mengamalkan  kepimpinan  yang  berkesan  dan  dinamik  serta  cekap  menjalankan
                         tugas.

                    1.9   Menjadi ‘role-model’.
                    1.10  Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.

                    1.11  Semua  guru  menjalankan  tugas  sebagai  satu  pasukan  -  TEAM  (Together  Everyone  Achieves
                         Much).


            2.      TUGAS
                   2.1.   Guru-guru  akan  diberikan  tugas-tugas  yang  berbentuk  kurikulum,  kokurikulum  dan  juga
                          pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan  tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap,
                          bertanggungjawab  dan  menunjukkan    semangat    serta  minat    yang  mendalam  terhadap
                          tugas-tugas tersebut.

                    2.2.   Guru Tingkatan
                            2.2.1   Sebahagian  besar  dari  guru  dilantik  untuk  menjadi  Guru  Tingkatan.  Mereka
                                   dikehendaki  menjalankan  tugas-tugas  seperti  yang  telah  ditetapkan  dan
                                   menjalankannya dengan baik dan cekap.

                    2.3.   Guru Bertugas Mingguan/Harian
                            2.3.1   Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian.
                                   Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan diminta
                                   bertugas.
                            2.3.2   Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk
                                   makluman  dan  perhatian  Pengetua/Penolong  Kanan  dan  guru-guru.  Buku  ini
                                   hendaklah  diserahkan  kepada  Pengetua  keesokan  harinya.  (Sila  rujuk  lampiran
                                   mengenai senarai tugas guru-guru bertugas).

                    2.4.   Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat,
                          ke  JPN  atau  berkursus,  guru  hendaklah  mengambil  tindakan  sewajarnya.  Guru  tidak  boleh
                          mengarahkan guru lain untuk melaksanakan tanpa arahan pengetua. Jika tugas itu terpaksa





                                                                                                         | 15
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28