Page 27 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 27

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

                           14.8.2  Kemudahan  CTG  mengikut  pasangan  layak  dipertimbangkan  kepada  pegawai
                                 bertaraf tetap termasuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan.

                                                  KEMUDAHAN CUTI GURU

                      JENIS CUTI          JUMLAH CUTI                   RUJUKAN             PIHAK MELULUS
                                         Swasta -15 Hari
                                                                   Perintah Am bab c          Guru Besar
                        Sakit       Kerajaan -  90 hari + 90 Hari                             Pengetua
                                                                       para 31 (A)
                                       Kusta/Barah 24 Bulan                                    JPN/JPA

                                             360 Hari                 Pek.Bil 5/2017             PGB
                       Bersalin
                                      (Mak. 90 hari/kelahiran)   Perintah Am Bab C 25/26       JPN/JPA
                                                                    Pek. Perkhidmatan            PGB
                     Rehat Khas              10 Hari
                                                                       Bil. 8/2017             JPN/JPA
                                        Jangkamasa tidak
                        Haji                                      Perintah Am Bab 34/35          JPN
                                         melebihi 40 hari
                                                                    Pek. Perkhidmatan            PGB
                       Umrah                  7 Hari
                                                                       Bil. 3/2017             JPN/JPA
                     Peperiksaan       Tempoh peperiksaan          Perintah Am Bab  C            PGB
                         PJJ                 30 Hari           KP (BB) 06/01/4 Jld (48) 5.6.98   JPN
                  Kesatuan/ Koperasi         14 Hari            Perintah Am Bab  C (42) (a)      JPN
                     Isteri Bersalin          7 Hari                  Bill. 9 Thn 2002           PGB
                    Kematian Ahli
                      Keluarga                3 Hari                 Bill. 10 Thn 2002           PGB

                                      CUTI YANG MENJEJASKAN GANJARAN DAN PENCEN
                         JENIS CUTI       JUMLAH CUTI            SUMBER RUJUKAN               CATATAN

                        Separuh gaji        180 hari         Perintah Am Bab C (51) (a)

                         Tanpa gaji         360 hari           Perintah Am Bab C 52         30 hari setahun

                       Menjaga Anak         1825 hari      Pek. Perkhidmatan Bil. 14/2007   Kes cuti bersalin


            15.     BILIK GURU
                   15.1.   Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas atau membuat tugasan
                          pemantauan atau rondaan.
                   15.2.   Guru  yang  berada  di  bilik  guru  hendaklah  sama-sama  bertanggungjawab  memastikan
                          suasana kerja yang selesa dan dilarang mengganggu ketenteraman orang lain.
                   15.3.   Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar atau membawa pelajar berada di bilik guru.
                   15.4.   Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab bersama. Tugas rutin
                          pembersihan dan mengawal keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru boleh
                          dilaksanakan mengikut sistem bergilir.
                   15.5.   Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu,
                          air-cond dan peralatan elektrik dipadamkan dan semua pintu dikunci.

            16.     PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
                   16.1.   Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
                           dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan
                           dalam organisasi.
                   16.2.   Guru  dan  staf  sokongan  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan  /
                           fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.
                   16.3.   Perhubungan  yang  berbentuk  kumpulan  berdasarkan  kepada  kaum,  status  sosial,  sosio
                           ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

            17.     JADUAL WAKTU




                                                                                                         | 19
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32