Page 28 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 28
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
17.1. Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan juga persendirian
yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah disediakan dengan lengkap dan
kemas ke pejabat.
17.2. Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan di kelas masing-masing.
17.3. Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.
17.4. Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke atas kelas/tugas
yang ditetapkan.
18. REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH ( Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2019)
18.1. Rekod kehadiran murid juga dalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan ditadbir dengan
baik,cekap, kemas serta sistematik bagi memastikan rekod tersebut dapat digunakan untuk
membantu pihak pengurusann sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan
permbangungan, kebajikan,keselamatan termasuk kesejahteraan murid
18.2. Pengurusan sekolah dikehendaki menggunakan Jadual kedatangan Murid (JKM) dan Sistem
Kehadiran Murid (eKehadiran) bagi merekodkan kehadiran murid.
18.3. KPM telah memutuskan bahawa mulai tahun 2019, semua rekod kedatangan murid di sekolah
hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid. Ini
bermakna, sekolah tidak perlu lagi merekodkan kehadiran murid di dalam Jadual
kedaatangan Murid (JKM)
18.4. Bagi sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah perlu memohon kelulusan kepada
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pengarah Pendidikan Negeri (bagi negeri yang tiada
Pejabat Pendidikan Daerah) untuk menggunakan Jadual Kedatangan Murid (JKM) bagi
merekodkan kehadiran murid
18.5. Guru kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid
atau jadual Kedatangan Murid (JKM) Sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.
18.6. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlus disemak, dicetak, disah dan difail pada
hari terakhir bagi setiap bulan
18.7. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula hendaklah menyemak pelaksanaan perekodan
kehadiran murid di sekolah masing-masing.
18.8. Sistem Kehadiran Murid boleh diakses melalui https://apdm.moe.gov.my/ atau aplikasi mudah
alih (mobile app) eKehadiran Murid.
19. ARAHAN DAN PEKELILING
19.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
19.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
20. SURAT MENYURAT
20.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ’letter-head’ sekolah hendaklah ditandatangani oleh
pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
21. SURAT YANG DITERIMA
21.1. Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat
tersebut.
21.2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
21.3. Jika surat itu ditujukan kepada pengetua dan pengetua mengedarkannya untuk tindakan
guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
a) Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan
asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di
pejabat.
b) Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi
hendaklah disediakan surat litup/iringan (cover letter) yang boleh didapati di
pejabat sekolah.
c) Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan
tanpa surat litup (cover letter) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah
tangan.
d) Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (cover letter) hendaklah disimpan
dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.
| 20
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

