Page 25 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 25

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

                   9.4.   Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik darjah/menghadiri
                          upacara rasmi.
                   9.5.   Guru  lelaki  hendaklah  memakai  tali  leher  semasa  bertugas.  Semua  guru  dikehendaki
                          berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara rasmi.
                   9.6.   Staf dikehendaki berpakaian kemas dan bagi staf sokongan yang beruniform perlu memakai
                          yang telah dibekalkan.

            10.     BUKU REKOD MENGAJAR
                   10.1.   Semua  guru  akan  diberi  sebuah  Buku  Rekod  Mengajar  dan  mereka  bertanggungjawab
                          terhadap  keselamatan  buku  tersebut  (Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  Bil.  256).  Semua
                          kehendak buku itu perlulah disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa.
                   10.2.   Buku ini diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Petang pada tiap-tiap hari Khamis
                          atau akhir mingu berkenanan untuk diperiksa dan ditandatangani.
                   10.3.   Jika  Pengetua  tiada,  maka  buku  itu  akan  diperiksa  oleh  Guru  Penolong  Kanan  atau  Guru
                          Kanan Mata Pelajaran.
                   10.4.   Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
                   10.5.   Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
                   10.6.   Laporan polis perlu dibuat sekiranya berlaku kehilangan.

            11.     PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN
                    11.1   Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah
                    11.2   Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Ahad.
                    11.3   Guru hendaklah berpakaian kemas dan berada di dalam majlis sehingga selesai perhimpunan
                    11.4   Pakaian guru semasa perhimpunan :-
                               a)  Guru Lelaki – Baju kemeja berlengan panjang,bertali leher dan blazer warna gelap
                               b)  Guru Perempuan – Berpakaian kemas, sopan santun,blazer warna gelap, berkasut
                                   dan tidak memakai sandel/selipar

            12.     ACARA ATAU MAJLIS RASMI
                   12.1.   Guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
                   12.2.   Guru yang tidak dapar hadir kerana sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran
                           dari pengetua



            13.     MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN
                   13.1.   Pengetua akan memanggil guru dan kakitangan sokongan untuk bermesyuarat dari masa ke
                           semasa.
                   13.2.   Kedatangan guru dan kakitangan ke mesyuarat adalah diwajibkan.
                   13.3.   Sekiranya  gagal  untuk  menghadiri  mesyuarat  di  atas  sebab-sebab  tertentu  hendaklah
                           mendapatkan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia
                   13.4.   Guru  diwajibkan  menghadiri  mesyuarat  yang  dipanggil  oleh  semua  Guru  Penolong
                           Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.
                   13.5.   Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja, kemeja T, seluar
                           trek dan selipar tidak dibenarkan.

            14.     CUTI
                    14.1   Cuti Rehat/Cuti Penggal
                           Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember
                           1993  guru  berkelayakan  mendapat  cuti  penggal  sekolah  untuk  menggantikan  cuti  rehat.
                           Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah
                           cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.



                    14.2.   Cuti Sakit
                           Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah
                           disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
                           Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
                           Cuti  sakit  yang  melebihi  90  hari  setahun  sama  ada  berterusan  atau  putus-putus  akan
                           dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan
                           pembayaran gaji.

                    14.3   Cuti Tanpa Gaji





                                                                                                         | 17
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30