Page 26 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 26
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
14.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab persendirian
yang mustahak
14.3.3 Cuti Tanpa Gaji Kakitangan Bukan Guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti
rehatnya.
14.3.4 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
14.3.5 Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun.
14.3.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh
mula bercuti.
14.4 Cuti Rehat Khas (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017)
14.4.1. Kadar kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sepuluh (10)
hari setahun. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:(a) Guru
Sandaran/Guru Interim; dan (b) Guru Kontrak.
4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua.
41.5 Cuti Keluar Negeri (Baca bersama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2015)
14.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat selewat-lewatnya 4
minggu sebelum tarikh bercuti.
14.6 Cuti Umrah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017)
14.6.1 Kemudahan cuti umrah merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan
awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali
sepanjang tempoh perkhidmatan.
14.6.2 Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod pegawai beragama Islam dan bertaraf tetap
tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am;
14.6.3 Perkiraan tujuh (7) hari bermula dari tarikh penerbangan. Sekiranya tarikh
penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan
hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja
berikutnya;
14.6.4 Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab sebab
tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakankemudahan Cuti
Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada
kelayakan cuti pegawai;
14.7 Cuti Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017)
14.7.1 ‘Cuti Bersalin bergaji penuh’ adalah Cuti Bersalin yang dibayar emolumen penuh
mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan; ‘Cuti Bersalin separuh gaji’ adalah
Cuti Bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya diperuntukkan kepada guru
selama 14 hari dalam penggal sekolah; ‘Cuti Bersalin tanpa gaji’ adalah Cuti Bersalin
yang tidak dibayar sebarang emolumen kepada pegawai yang telah menggunakan
kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh dan Cuti Bersalin separuh gaji;
14.7.2 Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
i. kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang
tempoh perkhidmatan seseorang pegawai;
ii. tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau
bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti
Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan
iii. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun,
pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh
bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka
bersalin.
iv.
14.8 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau
Di Luar Negara (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016)
14.8.1 Tempoh CTG bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam atau bukan
pegawai agensi awam adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/ berkursus dan
pegawai tidak tertakluk kepada syarat kembali bertugas selama satu (1) tahun untuk
permohonan CTG berikutnya.
| 18
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

