Page 24 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 24
AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021
dilaksanakan oleh pihak lain diatas persetujuan sesama sendiri, maka ianya mesti sampai
kepada pengetahuan pengetua.
2.5. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada
Pengetua/Penolong Kanan, tarikh dan masa perlaksanaan.
2.6. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan untuk tugasan
bertulis kepada pelajar dan dimaklumkan kepada Ketua Bidang.
3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1. Guru bertanggungjawab memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan penuh
amanah dan bertanggungjawab. Mengajar sambil duduk adalah dilarang sama sekali.
3.2. Guru hendaklah menyemak kerja pelajar dari semasa ke semasa.
3.3. Masa tiada kelas dianggap “non teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru
seharusnya menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan PdP.
4. KEGIATAN KOKURIKULUM
4.1. Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap
tugas hendaklah difahami benar-benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan
kokurikulum di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-
pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
4.2. Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira sama ada mereka
terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan,
menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara “on the job training”. Jika
ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum.
4.3. Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan yang bersungguh-
sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu sendiri.
4.4. Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun
murid.
4.5. Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah
disimpan dalam buku rekod berkenaan. Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus
diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.
5. KEDATANGAN
5.1. Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.
5.2. Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di atas
5.3. Guru-guru dikehendaki mengetik ‘Punch Card’ apabila tiba di sekolah dan balik dari sekolah.
5.4. Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka hendaklah
memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru hendaklah menghubungi pihak
sekolah jika mereka terpaksa datang lewat ataupun tidak dapat hadir).
6. KETEPATAN MASA BERTUGAS
6.1. Ketepatan masa bertugas melambangkan kewibawaan guru profesionnya
6.2. Jadual waktu mengajar mesti dipatuhi sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak
sekolah
6.3. Guru perlu menepati masa mula dan akhir pengajaran bagi sesuatu masa PdP.
7. GURU GANTU (RELIEF)
7.1. Guru gantian harian hendaklah bertugas mengikut masa ditetapkan
7.2. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas adalah dianggap ingkar
tugas.
8. KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
8.1. Mana-mana yang guru dan staf terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada.
8.2. Guru dan staf hendaklah mengisi borang kebenaran keluar kawasan sekolah dan ditandatangi
oleh Pengetua atau wakilnya ketika pengetua tiada.
8.3. Pengetua tidak bertanggungjawab diatas apa-apa yang berlaku terhadap guru dan staf yang
keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pihak.
9. PAKAIAN
9.1. Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985
mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan
melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
9.2. Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian
yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut.
9.3. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri upacara rasmi.
| 16
IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD

