Page 30 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 30

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

                    29.2.   Pegawai Aset akan mengumpul dan membuat semakan Buku Bekalan Pejabat / Inventori /
                           Harta Modal ini dari semasa ke semasa dan menghantar ke pejabat pada setengah tahun
                           dan hujung tahun untuk mendapatkan tandatangan pengesahan daripada Pengetua.

            30.     PELAWAT/JURUJUAL
                    Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru
                    tidak  dibenarkan  berbincang  dengan wakil-wakil  firma  atau  jurujual  kecuali  dengan  kebenaran
                    Pengetua/wakilnya.
            31.     KEBERSIHAN
                    31.1.   Semua guru bertanggungjawab mengurus kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
                           hendaklah  disediakan  oleh  guru  tingkatan  untuk  tingkatan  masing-masing.  Alat-alat
                           membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
                    31.2.   Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
                           khas   (bengkel/bilik   kaunseling/makmal   sains,   makmal   bahasa   dan   lain-lain)
                           bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
                    31.3.   Semua guru, staf sokongan dan pelajar hendaklah bekerjasama bertanggungjawab terhadap
                           kebersihan kawasan sekolah.

            32.     KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
                    32.1.   Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam mengurus keselamatan harta benda sekolah.
                           Pelajar  yang  merosakkan  harta  benda  sekolah  sama  ada  dengan  sengaja  atau  tidak
                           hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
                    32.2.   Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
                           mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal/bengkel dan lain-lain.

            33.     KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR
                    33.1.   Guru  yang  diberi  kemudahan  komputer  riba  dan  LCD  projektor  hendaklah  mematuhi
                           peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh oleh Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran.
                           Sebarang  penggunaan  yang  menyalahi  peraturan  dan  etika  akan  diambil  tindakan  yang
                           boleh mengakibatkan pegawai dikemukakan tuduhan melakukan salahlaku oleh Lembaga
                           Tatatertib.
                    33.2.   Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif
                           penggunaannya.

            34.     MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
                    34.1.   Jika  guru  memerlukan  bantuan  dalam  hal  perjawatan  sila  berhubung dengan  Pembantu
                           Tadbir Perkhidmatan atau Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan Pentadbiran atau
                           Pengetua mengikut kesesuaian.
                    34.2.   Jika  guru  memerlukan  bantuan  dalam  bidang  pengurusan  perkhidmatan  profesional
                           contohnya  dalam  PdPc  sila  berhubung  dengan  Ketua  Panitia  atau  Guru  Kanan  Mata
                           Pelajaran  atau  Guru  Cemerlang  atau  Guru  Penolong  Kanan  atau  Pengetua  mengikut
                           kesesuaian.

            35.     KEAHLIAN KELAB WARGA SM IMTIAZ BESUT/PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG)
                    35.1.   Semua  guru  secara  automatik  menjadi  ahli  kelab  Keluarga  Sekolah  dan  dikehendaki
                           membayar yuran yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan Kelab Sekolah
                           Semua guru juga secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah























                                                                                                         | 22
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35