Page 29 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 29

AL-MURABBI | MANUAL PENGURUSAN 2021

            22.     URUSAN DENGAN JPN/PPD
                    Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran
                    Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.
            23.     TANDA NAMA
                    Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
                    di sekolah atau di luar sekolah.


            24.     PEMAKAIAN SONGKOK
                    Semua guru dan staf sokong lelaki hanya dibenarkan memakai songkok hitam sahaja ketika hadir
                    bertugas. Pemakaian kopiah adalah tidak dibenarkan sama sekali.


            25.     KUNCI
                    25.1.   Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
                           Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
                    25.2.   Guru-guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu  mesti  mendapat  kebenaran
                           daripada pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

            26.     TELEFON
                    26.1.   Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak
                           dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
                    26.2.   Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa
                           mesyuarat.

            27.     PENGGUNAAN ALAT-ALAT
                   26.1    Pengunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
                   26.2    Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
                   26.3   Hendaklah  digunakan  dengan  baik  dan  memulangkan  kembali  dengan  segera  serta
                          berkeadaan baik.
                   26.4   Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.

            28.     PEMBELIAN BARANG
                    28.1.   Setiap tempahan perolehan / pembelian barang keperluan sekolah mesti mematuhi AP 11 di
                           bawah  surat  kuasa  KP(SEM)1067/I/A/I-I-Jld.4(15)  berkuatkuasa  mulai  29  Oktober  2010  iaitu
                           pegawai yang diberi kuasa bagi mengisi
                           27.1.1     Nota Minta (AP177)
                                      i.  Penyedia – Ketua Panitia /Ketua Bidang /PT(P/O) /PT(Kew.)/GPK(Pentadbiran)
                                         /GPK(HEM) /GPK(Koku)
                                      ii.  Penyemak – KPT(Kew.) /KPT(P/O)
                                     iii.  Pelulus – Pengetua
                           27.1.2      Pesanan Tempatan (AP102)
                                      i.  Penyedia – PT(Kew.) /PT(P/O) /KPT(Kew.)/KPT(P/O)
                                      ii.  Pelulus – Pengetua
                    27.2    Nota Minta yang telah disediakan oleh pegawai yang diberi kuasa perlu dihantar kepada
                            pegawai penyemak dan seterusnya dihantar untuk diluluskan oleh pengetua.
                    27.3    Pegawai Pengurusan Stor (PPS) di Pejabat Sekolah yang telah diberi tanggungjawab untuk
                            menerima dan menandatangani invois /nota penghantaran serta membuat semakan untuk
                            memastikan item barangan yang diterima adalah betul. Selepas itu PPS akan berhubung
                            dengan  pegawai  penyedia  yang  telah  membuat  tempahan  perolehan  /pembelian
                            barangan berkenaan untuk menyerahkan bekalan perolehan.
                    27.4    Barang perolehan atau pembelian yang telah diterima hendaklah direkodkan serta merta ke
                            dalam buku bekalan pejabat atau buku inventori atau Kad Harta Modal. Dokumen rekod
                            pembelian  /perolehan  barang  yang  telah  disempurnakan  kemudiannya  hendaklah
                            diserahkan kepada Pegawai Aset untuk disimpan bagi tujuan pengauditan.


            29.     BUKU STOK/INVENTORI DAN HARTA MODAL
                    29.1.   Ketua  Panitia  atau  ketua  unit  bertanggungjawab  menguruskan  Buku  Bekalan  Pejabat  /
                           Inventori / Harta Modal dan memastikan maklumat dikemaskini, tepat dan lengkap.(setiap
                           pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).







                                                                                                         | 21
     IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34