Page 248 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 248
Modul : Modul 3
Minggu : Minggu 3
Aktviti : Cara Permainan
Objektif : Murid memahami cara permainan ‘blind football’ dijalankan.
Bahan : i. Slaid bergambar permainan
ii. Klip video permainan
Masa : 3 jam
Medium komunikasi :
Langkah 1 : Guru mengulangi semula pengetahuan lalu murid tentang cara
permainan ‘blind football’.
Langkah 2 : Guru menayangkan serta menerangkan semula slaid
bergambar bagaimana cara permainan dijalankan dengan
menekankan aspek-aspek penting semasa bermain (khas
untuk murid rabun):
i. Bola yang mempunyai ‘ball bearing’ digunakan.
ii. Pemain diwajibkan memakai ‘blindfold’.
iii. Sebutan ‘voy’ perlu dibunyikan ketika pemain mengejar
atau mencari bola serta ke dua-dua tangan pemain di
hala ke hadapan untuk mengelakkan perlanggaran.
iv. Terdapat dua jurulatih utama ketika dalam permainan,
iaitu satu di bahagian tengah (kedudukan di tepi
gelanggang) dan satu lagi di belakang gawang gol lawan
yang memandu arah untuk menjaringkan gol.
Langkah 3 : i. Guru menerangkan antara kesalahan-kesalahan utama
semasa dalam permainan:
ii. Pemain tidak mengeluarkan bunyi ‘voy’ semasa
mengejar bola
iii. Kedua-dua tangan pemain tidak di angkat untuk menjadi
penghadang bagi mengelakkan perlanggaran.
Langkah 4 : Menyoal semula murid tentang langkah-langkah penting
dalam permainan ‘blind football’.
Penutup : Guru membuat refleksi tentang kefahaman murid.
Syarat Pelaksanaan : i. Guru menyediakan bahan slaid dan klip video terlebih
dahulu.
ii. Menyediakan LCD untuk tayangan kepada murid.
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan:
Bagi MBK Kurang Upaya Penglihatan dan MBK Kurang Upaya Pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
238

