Page 252 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 252

Modul                      :  Modul 7
                Minggu                     :  Minggu 7

                Aktviti                    :   Kemahiran asas permainan
                                                i.   Mencari arah bola
                                               ii.   Menerima dan menghantar bola
                Objektif                   :
                                                i.   Dapat meningkatkan kemahiran murid mencari arah bola.
                                               ii.   Dapat meningkatkan kemahiran asas murid menghantar
                                                    dan menerima bola.

                Bahan                      :  Peralatan permainan;
                                                i.   Bola ‘blind futsal’
                                               ii.   Blindfold

                Masa                       :  3 jam

                Medium komunikasi          :    i.   Pemain dikehendaki membunyikan ‘sebutan voy’ ketika
                                                    mengejar atau mendapatkan bola.
                                               ii.   Bunyi bola.
                                               iii.   Arahan suara dari jurulatih tengah padang dan belakang
                                                    gawang gol.
                Langkah 1                  :    i.   Guru  boleh  membahagikan  murid  dalam  beberapa
                                                    kumpulan  kecil  dan  menempatkan  kumpulan  tersebut
                                                    dalam  jarak  tertentu  (3  meter  atau  lebih)  daripada
                                                    kedudukan        guru     atau    pelajar     yang     akan
                                                    menggoncangkan bola.
                                               ii.   Murid  dikehendaki  bergerak  ke  arah  bola  dengan
                                                    membunyikan ‘voy’ semasa menuju kea rah bola sambil
                                                    menghalakan  kedua-dua  tangan  ke  hadapan  untuk
                                                    menggelakkan  melanggar  guru  dan  berhenti  apabila
                                                    telah sampai ke arah bola.
                                               iii.   Jarak kedudukan guru dan murid dijauhkan dari masa ke
                                                    semasa untuk menguji kemahiran murid mengesan dan
                                                    bergerak menuju bunyi bola.

                Langkah 2                  :      Sama dengan aktiviti pertama tadi, murid bergerak menuju
                                                  ke arah bola, tetapi kali ini apabila murid hamper sampai
                                                  guru akan bergerak ke arah lain sambil menggongangkan
                                                  bola dan murid cuba mengekori arah bunyi bola.




















                                                           242
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257