Page 249 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 249
Modul : Modul 4
Minggu : Minggu 4
Aktviti : Keperluan gelanggang dan peralatan permainan.
Objektif : i. Murid mengetahui saiz gelanggang permainan serta
garisan-garisan utama yang ada di dalam gelanggang.
ii. Murid mengetahui keperluan serta peralatan permainan
yang perlu ada untuk ‘blind footballl’.
Bahan : i. Slaid bergambar tentang saiz gelanggang serta
keperluan gelanggang (penghadang tepi di kiri dan
kanan gelanggang) – rujuk bahan nota modul.
ii. Peralatan sebenar permainan:
- Bola yang mengeluarkan bunyi (‘ball bearing’
digunakan)
- Penutup mata (Blindfold)
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Gambarajah timbul gelanggang (untuk murid B1-Buta).
Langkah 1 : i. Guru menyediakan slaid bergambar serta ‘gambarajah
timbul’ tentang saiz serta keperluan gelanggang
permainan (rujuk bahan nota modul).
ii. Guru menerangkan keperluan penghadang tepi di kiri
dan kanan gelanggang serta saiz ketinggian yang
bersesuaian.
Langkah 2 : Guru menunjukkan (jika ada) serta menerangkan keperluan
peralatan semasa permainan:
i. Bola ‘blind futsal’
ii. Blindfold
iii. ‘Padding’ keselamatan kaki
iv. Gawang gol
v. Penghadang tepi gelanggang
Langkah 3 : Guru mengulangkaji semula secara ringkas cara permainan
dijalankan.
Langkah 4 : Guru meminta murid menerangkan semula cara permainan
serta keperluan perlatan permainan ‘blind futsal’.
Penutup : Guru merumuskan semula perkara-perkara penting yang
dibincangkan.
Syarat Pelaksanaan : Guru dapat menyediakan bahan bergambar atau peralatan
sebenar untuk ditunjukkan kepada murid.
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan: Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran
aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.
239

